Berita Auto

Honda Malaysia Catat Jualan 51,354 Unit Pada Separuh Pertama 2018

Honda Malaysia yakin bahawa ia akan mencapai sasaran jualan 2018 sebanyak 109,000 unit berikutan prestasi jualan yang memberangsangkan iaitu 51,354 unit dalam tempoh separuh pertama tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Syarikat itu menerima jumlah tempahan tertinggi dalam sejarahnya pada bulan Jun dengan rekod 20,000 unit. Penyumbang utama adalah City dengan 36%, diikuti oleh CR-V dan Civic yang masing-masing mencatat 14%. Prestasi ini dipercayai disebabkan oleh penetapan GST pada kadar sifar serta promosi musim perayaan baru-baru ini.

Oleh kerana ia menerima tempahan yang luar biasa, Honda Malaysia turut mengumumkan bahawa ia perlu melanjutkan tempoh menunggu sehingga empat bulan bagi model tertentu.

Honda CR-V Launch 07

Berdasarkan rekod jualan ini, Honda Malaysia menyumbang 17.7% kepada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) setakat 30 Jun 2018, sekaligus meletakkannya pada kedudukan pertama dalam segmen bukan nasional dan kedua dalam TIV bagi separuh pertama 2018.

City dilihat menyerlah sebagai model paling popular di kalangan pembeli dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan jualan sebanyak 15,400 unit iaitu 30% daripada jumlah jualan keseluruhan, naik 7% berbanding tempoh sama tahun lalu. Ia diikuti oleh HR-V dan CR-V, masing-masing menyumbang 13% dan 16%.

Honda HR-V RS

Menurut Honda Malaysia lagi, ketiga-tiga model juga kekal sebagai pendahulu dalam segmen masing-masing bagi separuh pertama tahun ini, bersama-sama dengan model Honda lain seperti Jazz, BR-V dan Civic.

 

Previous post

Didi Resources Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Aprilia di Malaysia

Next post

Satu Lagi Land Rover Defender Yang Dibina Khas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *