Berita Auto

Audi Perkenal Teknologi Terkini Cat Dua Tona Dalam Satu Proses

Kereta dua tona memang cantik dipandang, namun proses mengecat lebih rumit dan panjang. Ini kerana pekerja perlu melindungi bahagian-bahagian tertentu dahulu sebelum membukanya semula untuk proses semburan kedua.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi mengatasi masalah ini, Audi telah membangunkan teknologi mengecat baharu yang membolehkan kereta dicat dalam dua warna berbeza dalam satu proses semburan tanpa masalah ‘overspray’. Ia menggunakan instrumen berketepatan tinggi yang dikawal oleh robot yang boleh mengukur jarak antara bumbung dan bingkai panel sisi sebelum cat disembur.

Menurut Audi, proses ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah mengurangkan kos dan penggunaan sumber. Ia kini dalam fasa ujian di kilang Ingolstadt dan akan digunakan dalam siri produksi bermula tahun hadapan.

Previous post

Volvo S60 T8 Polestar Habis Dijual Dalam 39 Minit!

Next post

Nissan GT-R50 Hasil Tangan Italdesign

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *