Promosi / Tawaran / Peraduan

Pelanggan Bertuah BHPetrol Menang Tiket Ke Rusia!

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menganjurkan upacara  peyampaian hadiah kepada Pemenang Utama promosi bersama dengan Coca Cola Refreshments Sdn Bhd – ‘Piala Dunia FIFA 2018’ di ibu pejabat BHPetrol awal hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi tempoh promosi separuh pertama dari 1 Mei hingga 31 Mei, Brian Lim Choon Wah, 26 tahun dari Seksyen 17, Petaling Jaya memenangi 1 tiket untuk ke Final Piala Dunia FIFA 2018b bernilai RM45,000 termasuk tiket penerbangan pulang ke Rusia dan penginapan . Hadiah yang ditaja sepenuhnya oleh Coca Cola untuk menyaksikan pertandingan bolasepak peringkat akhir di Stadium Luzhniki di Moscow, Rusia pada 15 Julai 2018. Brian yang mengetuai BHPetrol Damansara Utama hanya menghantar satu catatan untuk promosi ini dan beliau begitu gembira dengan kemenangannya.

Semasa promosi, pelanggan yang membeli 3 tin 350 ml atau botol 500 ml minuman Coca Cola di stesen BHPetrol yang berpartisipasi berhak memasuki pertandingan. Mereka hanya perlu menyimpan resit pembelian dan menghantar “BHPetromart” Whatsapp kepada nombor telefon bimbit yang dibenarkan untuk layak sebagai peserta. Pemenang dipilih oleh penganjur berdasarkan jawapan yang paling cepat dan betul yang diberikan.

Masih belum terlambat. Bagi separuh kedua tempoh promosi, pelanggan yang membuat pembelian pada jenama Coca Cola dari 1 Jun hingga 31 Julai 2018 berpeluang untuk memenangi baucer 50 Adidas bernilai RM150 setiap satu.

CokeWinner

 

 

 

Previous post

McLaren 600LT Lebih Ringan, Lebih Berkuasa

Next post

Perodua Terus Komited

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *