Berita Auto

McLaren 600LT Lebih Ringan, Lebih Berkuasa

McLaren memperkembangkan barisan ‘Longtail’ dengan pelancaran model terbaru iaitu 600LT, Ia merupakan kereta McLaren keempat yang memakai nama itu selepas jentera lumba F1 GTR Longtail, 675LT Coupe dan 675LT Spider.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model ini mempunyai penampilan yang hampir sama dengan 570S Coupe, namun penambahan komponen seperti splitter depan, diffuser belakang dan spoiler belakang tetap menjadikan ia 74 mm lebih panjang.

mclaren-600lt (4)

Bukan itu sahaja, 600LT juga 96 kg lebih ringan berbanding model asasnya dan ini dicapai menerusi penggunaan bahagian yang diperbuat daripada gentian karbon seperti bumbung dan fender depan. Seperti model McLaren yang lain, ia dibina menggunakan casis monocoque yang diperbuat daripada bahan ringan yang sama.

mclaren-600lt (3)

Kuasa dibekalkan oleh enjin 3.8-liter twin-turbo V8 yang menjana 600 PS dan 620 Nm, 30 PS dan 20 Nm lebih tinggi berbanding 570S. Dengan berat badan 1,247 kg, 600LT mempunyai nisbah kuasa-berat sebanyak 481 PS setiap tan.

mclaren-600lt (2)

McLaren masih  belum mendedahkan prestasi model terbarunya ini, namun pastinya ia lebih pantas jika dibandingkan dengan 570S yang mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.2 saat.

mclaren-600lt (1)

 

Previous post

Alpina B7 Exclusive Edition Tampil Elegan

Next post

Pelanggan Bertuah BHPetrol Menang Tiket Ke Rusia!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *