Cerita Auto

Kia Ceed Sportswagon Memukau di Geneva Motor Show

Seperti yang dijangka, Kia Ceed Sportswagon membuat kemunculannya di acara Geneva Motor Show 2018 yang kini sedang berlangsung. Model generasi ketiga ini dibangunkan sepenuhnya di Frankfurt, Jerman, sama seperti Ceed hatchback lima pintu yang didedahkan bulan lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain dari rekaan terkini dengan jeriji ‘hidung harimau’ dan lampu nyalaan siang LED ‘kiub ais’, Ceed Sportswagon turut menampilkan platform K2 baharu. Ia 20 mm lebih lebar dan 20 mm lebih rendah berbanding model terdahulu. Jarak roda kekal pada 2,650 mm, manakala overhang depan dipendekkan sebanyak 20 mm.

Bagaimanapun, overhang belakang dipanjangkan sebanyak 115 mm, menjadikan Sportswagon secara keseluruhannya 95 mm lebih panjang. Ini turut menghasilkan ruang kargo berkapasiti 600 liter, 72 liter lebih besar dari sebelum ini. Kedudukan but yang lebih rendah membuatkan kerja mengangkut dan memunggah barang berat lebih mudah.

2018-kia-ceed-sportswagon (2)

Pelanggan juga boleh mendapatkan Smart Power Tailgate yang boleh dibuka secara automatik tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket. Selain itu, jaring keselamatan dan sistem rel lantai turut ditawarkan.

Ceed Sportswagon didatangkan dengan barisan enjin yang sama dengan versi hatchback iaitu 1.0 T-GDi dengan 120 PS dan 1.4 T-GDi yang menghasilkan 140 PS, 4% lebih tinggi berbanding enjin 1.6 GDI yang digunakan pada model generasi kedua. Enjin 1.4 MPi dengan 100 PS turut ditawarkan.

Ia juga boleh didapati dengan enjin diesel U3 1.6 CRDi yang ditawarkan dengan dua peringkat kuasa iaitu 115 PS dan 136 PS. Jumlah tork bagi kedua-dua versi adalah 280 Nm. Dilengkapi dengan teknologi Selective Catalytic Reduction (SCR), enjin ini dikatakan lebih bersih jika dibandingkan dengan enjin-enjin diesel Kia yang terdahulu.

2018-kia-ceed-sportswagon (1)

Suspensi yang digunakan adalah sistem bebas yang ditala mengikut keadaan jalan raya di Eropah. Bagi model Sportswagon, suspensi belakang diubah suai sedikit bagi menampung bahagian belakangnya yang lebih besar.

 

Previous post

Toyota Pratonton Supra GR Racing Concept di Geneva

Next post

Bugatti Chiron Sport Lebih Lincah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *