Cerita Auto

Toyota Pratonton Supra GR Racing Concept di Geneva

Toyota telah memperkenalkan Supra GR Racing Concept di Geneva Motor Show 2018. Walaupun ia bukan Supra versi produksi seperti yang ditunggu-tunggu, jentera lumba yang dibangunkan oleh Gazoo Racing ini dikatakan hampir tepat dengan model generasi kelima yang sebenar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti yang boleh dilihat, Supra GR Racing menampilkan rekaan dramatik yang sama dengan kereta konsep Toyota FT-1 pada 2014 namun ia mempunyai spoiler belakang yang lebih besar manakala ekzos pula kini berada di tengah.

???????????????????????????????

Model ini dibina menggunakan bahan komposit ringan pada bahagian bampar, ‘splitter’ hadapan, ‘diffuser’ belakang, skirt sisi, cermin sisi dan hud, manakala cermin hadapan dan tingkap diperbuat dari plastik.

2018-toyota-gr-supra-racing-concept (3)

Casis jentera konsep ini menggabungkan suspensi hadapan dan belakang yang dibangunkan oleh Toyota. Ia dipadankan dengan rim BBS yang dibalut tayar perlumbaan Michelin serta angkup brek dan cakera Brembo. Sudah tentu, sistem ekzos perlumbaan turut disertakan.

2018-toyota-gr-supra-racing-concept (4)

Kabin Supra GR Racing dikosongkan dan yang tinggal hanyalah komponen-komponen penting seperti ‘roll cage’, papan pemuka dengan paparan perlumbaan, tempat duduk OMP, abah-abah keselamatan serta stereng ‘quick release’ dengan ‘paddle shifter’. Panel gentian karbon turut dipasang pada pintu.

2018-toyota-gr-supra-racing-concept (5)

Seperti jentera lumba yang lain, ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti ‘roll cage’, pemadam api serta pendawaian dan bateri yang mematuhi standard pertandingan.

???????????????????????????????

Walaupun tidak mendedahkan aspek mekanikal, Toyota berkata Supra GR Racing mengekalkan tradisi Supra dengan enjin hadapan dan pacuan roda belakang.

Previous post

Petronas Dynamic Diesel Euro 5 Dengan Pro-Drive Kini Di Sarawak

Next post

Kia Ceed Sportswagon Memukau di Geneva Motor Show

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *