Cerita Auto

Bugatti Chiron Sport Lebih Lincah

Percayakah anda bahawa ada di antara pemilik Bugatti Chiron yang masih tidak berpuas hati dengan hypercar mereka dan inginkan jentera yang lebih agresif dan lincah?

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut presiden Bugatti Automobiles, Stephan Winkelmann, memang ada pelanggan yang mahukan pemanduan lebih sporty dengan Chiron mereka. Untuk itu, Bugatti telah memperkenalkan Chiron Sport di Geneva Motor Show.

Bugatti-Chiron_Sport-2019-1024-09

Perubahan utama pada model terbaru ini adalah pakej pengendalian dinamik yang merangkumi suspensi 10% lebih keras berbanding Chiron biasa. Aspek stereng turut diberi tetapan baharu yang boleh dirasakan jika kenderaan berada dalam mod Handling.

Bugatti-Chiron_Sport-2019-1024-07

Selain itu, Chiron Sport dilengkapi dengan fungsi Dynamic Torque Vectoring yang ditugaskan untuk membahagikan tork kepada setiap tayar secara individu, sekaligus meningkatkan tindak balas stereng dan casis terutamanya di selekoh tajam. ‘Differential’ pada gandar belakang turut ditambah baik.

Bugatti-Chiron_Sport-2019-1024-10

Bugatti turut berjaya mengurangkan berat sebanyak 18 kg menerusi penggunaan gentian karbon pada palang penstabil, pelindung intercooler dan pengelap cermin. Ia juga menggunakan kaca ringan pada tingkap belakang dan deflector ekzos baharu.

Bugatti-Chiron_Sport-2019-1024-03

Hasilnya, Chiron Sport dikatakan mencatat masa lima saat lebih pantas berbanding Chiron biasa di litar Nardo, walaupun kedua-duanya mempunyai jumlah kuasa yang sama. Ia juga dikatakan boleh mengambil selekoh pada kelajuan 200 km/j.

Previous post

Kia Ceed Sportswagon Memukau di Geneva Motor Show

Next post

Mercedes-Maybach Perintis Teknologi Lampu Digital

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *