Cerita Auto

Datsun Cross bakal dilancarkan di Indonesia pada 18 Januari ini

Datsun telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan model ketiganya di Indonesia pada 18 Januari ini. Model tersebut menggunakan nama ‘Cross’ dan bukannya ‘Go Cross’ seperti model konsep yang diperkenalkan beberapa tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti model sedia iaitu Go dan Go+, Cross menampilkan saiz badan kompak namun dalam bentuk ‘crossover’. Imej teaser yang dikeluarkan menunjukkan reka bentuk muka hadapan yang sama dengan model konsepnya.

Datsun Go-Cross Concept

Datsun Go-Cross Concept

Selain daripada lampu nyalaan siang LED, lampu kabus bulat dan gril berbentuk trapezoid, model ini juga dilihat mempunyai ‘skid plate’ di pada bamper hadapan.

Datsun Go-Cross Concept

Datsun Go-Cross Concept

Spesifikasi teknikal Cross masih belum didedahkan, namun jangkaan kami ia akan menggunakan enjin sedia ada iaitu 1.2-liter dengan 68 PS dan 104 Nm dan transmisi manual lima kelajuan. Antara ciri keselamatan yang bakal ditawarkan termasuklah dua beg udara, ABS dan EBD.

Previous post

Info dan gambar terbaru Mercedes-Benz G-Class

Next post

Subaru XV. Pencerobohan Segmen Bermula!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *