Cerita Auto

Info dan gambar terbaru Mercedes-Benz G-Class

Mercedes-Benz telah mendedahkan lebih lagi imej dan maklumat mengenai teknologi ‘off-road’ yang dimiliki oleh G-Class baru yang bakal membuat kemunculannya di acara Detroit Auto Show 2018 dalam masa dua minggu lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut pengeluar dari Jerman itu, G-Class akan mengekalkan rangka ‘ladder frame’ yang dipadankan dengan gantungan bebas ‘double wishbone’ di depan dan gandar ‘solid’ di belakang. Model generasi kedua itu juga dilengkapi dengan tiga ‘differential lock’ dan nisbah julat rendah (low range ratio).

??????????

Mercedes-Benz akan turut memperkenalkan G-Mode yang diaktifkan secara automatik apabila salah satu daripada ‘differential lock’ tersebut dipilih. Mod pemanduan ini berfungsi dengan melaraskan tahap redaman, pendikit, stereng dan kotak gear mengikut permukaan jalan yang dilalui.

The New G-Class

Turut dilengkapkan adalah kotak gear automatik sembilan kelajuan yang dipadankan dengan pacuan empat roda kekal. Unit ini didatangkan dengan perisian tersendiri dan nisbah lebih luas untuk pemanduan lebih senyap dan penjimatan bahan api. Dalam pemanduan biasa, ‘transfer case’ menyalurkan 40% kuasa ke roda depan dan selebihnya ke belakang.

The New G-Class

Selain itu, model terbaru ini juga akan menampilkan kamera 360 darjah yang memaparkan maklumat seperti ketinggian kenderaan, sudut stereng, kompas dan sebagainya.

Previous post

Volkswagen perkenalkan program penyelenggaraan percuma selama 3 tahun

Next post

Datsun Cross bakal dilancarkan di Indonesia pada 18 Januari ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *