Berita Auto

Angkup brek titanium Bugatti ini dihasilkan menerusi proses percetakan 3D

Buat pertama kalinya, Bugatti telah berjaya menghasilkan komponen kenderaan menggunakan teknologi cetakan 3D. Komponen yang dimaksudkan adalah angkup brek lapan omboh yang diperbuat daripada titanium.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dihasilkan dengan kerjasama syarikat Laser Zentrum Nord (LZN), angkup brek tersebut mempunyai ukuran panjang 41 cm, lebar 21 cm dan tinggi 13.6 cm dengan berat 2.9 kg. Walaupun ia 2 kg lebih ringan berbanding angkup aluminium sedia ada yang digunakan pada Chiron, angkup brek ini dikatakan lebih kuat dan kukuh.

Sehingga kini, cara ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan kekuatan titanium yang sangat tinggi. Masalah ini bagaimanapun dapat diatasi menggunakan mesin cetakan 3D berprestasi tinggi seperti yang disediakan oleh LZN.

Setiap angkup mengambil masa kira-kira 45 jam untuk dihasilkan. Prosesnya bermula dengan mencairkan serbuk titanium lapisan demi lapisan dengan bantuan empat buah laser berkapasiti 400 watt. Komponen ini terbentuk sepenuhnya selepas 2,213 lapisan dan ia kemudiannya dimasukkan ke dalam relau dengan suhu 700 darjah Celsius untuk rawatan haba. Akhir sekali, bentuk dan permukaannya disempurnakan dengan mesin pengilangan lima paksi selama 11 jam.

Bugatti akan mula menguji angkup brek ini dalam separuh pertama tahun ini. Ia bagaimanapun bukanlah satu-satunya komponen yang dihasilkan menerusi cetakan 3D. Bugatti juga menggunakan proses yang sama untuk menghasilkan papan pengelap cermin aluminium.

Previous post

Prestasi Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) Setakat Ini

Next post

Terserempak! Gambar Honda HR-V Edisi Facelift 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *