Bisnes

Prestasi Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) Setakat Ini

Pada acara Media Roundtable baru-baru ini, pengarah Volkswagen Passenger Cars Malaysia mengemukakan laporan prestasi syarikat mereka selepas satu tahun penuh pertama mereka beroperasi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

VPCM telah mencapai 6536 penghantaran kereta untuk tahun 2017. 94.5% daripada mereka adalah kereta pasangan tempatan. Peningkatan 8% berbanding 2016 walaupun industri kereta secara keseluruhan menghadapi kelembapan.

Sorotan Perbincangan Meja Bulat Volkswagen Passenger Cars Malaysia 2018.

A post shared by Ross Hadi (@gohedgostan) on

Dari segi aftersales, data dalaman VPCM menunjukkan bahawa isu DQ200 telah diselesaikan untuk kereta-kereta terbaru mereka. Dan tiada penggantian klac diperlukan untuk kereta pengeluaran tahun 2015 dan penggantian unit mechatronic adalah pada tahap yang terendah dalam masa 5 tahun kebelakangan ini. Sama ada ini mempunyai apa-apa kaitan dengan tamatnya tempoh Waranti  5 tahun Pengeluar Volkswagen adalah sukar untuk ditentukan.

Secara keseluruhannya, repair berulang juga telah dikurangkan dari paras tertinggi sepanjang tahun 2014. Walau bagaimanapun, tiada angka yang dikongsikan.

Pembukaan pusat latihan baru mereka telah melihat lonjakan besar dalam kompetensi kakitangan peniaga sebagaimana yang dicerminkan data mereka. Pasukan khusus media sosial mereka juga sibuk menangani aduan pelanggan dan menghentikan penyebaran maklumat palsu.

Dari segi sumber dan perolehan alat ganti, 95% barangan yang relevan boleh dipesan dari gudang serantau yang ada sekarang. Dan peniaga kini boleh menganggarkan masa yang tepat dengan cepat bergantung kepada jenis bahagian alat ganti yang dipesan.

Sorotan sesi soal jawab #1 diperbincangan meja bulat VPCM 2018.

A post shared by Ross Hadi (@gohedgostan) on

Untuk  tahun 2018 pula, mereka merancang untuk mengekalkan momentum  jualan dengan ‘pertumbuhan mampan’. Program penyelenggaraan percuma ‘3 tahun’ baru-baru ini dilancarkan untuk semua Volkswagen baharu yang dijual dari permulaan tahun 2018. Insentif aftersale dan penglibatan jenama kreatif telah dirancang.

Sorotan sesi soal jawab #2 diperbincangan meja bulat VPCM 2018.

A post shared by Ross Hadi (@gohedgostan) on

Mereka juga akan memindahkan gudang alat-ganti serantau mereka dari Singapura ke Tanjung Pelepas, Johor. Itu dijangka bermula pada bulan September dan ianya akan dikendalikan oleh entiti yang berasingan.

Pengarah Urusan VPCM Erik Winter mengumumkan bahawa Golf baharu akan dibawa masuk sebagai model import pada tahun ini. Beliau menambah bahawa ianya tidak akan dipasang secara tempatan kerena bilangan permintaannya tidak berbaloi.

Mercedes-Benz Malaysia diramalkan akan mula memasangkan A-Class baharu yang akan datang atau GLA sekarang secara tempatan pada tahun ini. Sekiranya itu berlaku, Golf baharu akan menerima saingan yang hebat. Walau bagaimana pun kami tetap gembira dengan kedatangan Golf baharu itu.

Model-model lain, seperti Polo dan Arteon baharu, mungkin sampai ke Malaysia tetapi semuanya belum mukktamad.

Mengenai kenderaan elektrik pula, masih belum ada perancangan untuk membawanya masuk buat masa ini.

 

Previous post

Honda Malaysia jenama bukan nasional No.1 tiga tahun berturut-turut

Next post

Angkup brek titanium Bugatti ini dihasilkan menerusi proses percetakan 3D

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *