Konsep / Lakaran / Intipan

Terserempak! Gambar Honda HR-V Edisi Facelift 2018

Tersempak gambar Honda Vezel atau yang lebih dikenali kita sebagai Honda HR-V terbaharu. Gambar ini datang dari headlightmag.com.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sudah sampai waktunya untuk Honda HR-V menerima pengubahsuaian memandangkan ianya dilancarkan pada tahun 2013 yang lalu.

Melihat pada gamnbar ini, gril dan bumpernya telah diubahsuai. Gril baharu ini mendapat lebih banyak krom, sesuatu yang saya rasa amat disukai oleh kita di Malaysia. Perubahan ini selari dengan penampilan terbaru Honda Accord dan Civic generasi kesepuluh, City facelift dan juga Honda HR-V versi Mugen.

Gambar Honda HR-V ini mengambarkan warna Midnight Blue Metallic dan Pearl White.

Lampu utamanya turut ditukar kepada unit baru menggunakan LED reflector penuh, bukan lagi projector LED seperti yang sekarang. Lampu kabusnya juga menerima pengubahsuaian.

Previous post

Angkup brek titanium Bugatti ini dihasilkan menerusi proses percetakan 3D

Next post

Enjin Petrol Jaguar Land Rover Ingenium Dinamakan 10 Teratas Dunia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *