Berita Auto

Honda Malaysia panggil semula 2,814 unit HR-V

Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula bagi 2,814 unit HR-V tahun 2016 berhubung isu batang penstabil hadapan yang berpotensi untuk rosak di bawah tekanan tinggi. Panggilan semula ini tidak melibatkan model lain yang dijual oleh syarikat itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Honda Malaysia, kawalan suhu yang tidak mencukupi semasa proses pengeluaran berkemungkinan menjejaskan kekuatan batang penstabil tersebut. Kerosakan terhadap komponen itu bukan sahaja boleh menyebabkan tayar menjadi tidak seimbang, malah kenderaan menjadi tidak stabil dan tertarik ke sebelah kiri atau kanan.

Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan. Pelanggan yang menerima surat itu dinasihatkan untuk menghantar kenderaan mereka ke pusat pengedar sah Honda yang terdekat untuk pemeriksaan dan penggantian.

Setakat ini, tiada insiden atau kecedaraan berkaitan isu ini dilaporkan di Malaysia. Batang penstabil yang terjejas akan digantikan dengan unit baharu dan semua kos berkaitan akan ditanggung oleh Honda Malaysia.

Honda Malaysia kini mempunyai 50% stok alat ganti di seluruh negara dan angka tersebut dijangka akan meningkat kepada 100% pada pertengahan November ini.

Untuk memeriksa status kenderaan, pelanggan boleh melayari laman web www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my, atau menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020.

Previous post

Kumpulan BMW Malaysia memasang dan mengeluarkan 4,500 unit kenderaan hibrid eDrive - tertinggi di Malaysia dan dunia

Next post

Porsche 911 Carrera T khas untuk golongan 'purist'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *