Berita Auto

Kumpulan BMW Malaysia memasang dan mengeluarkan 4,500 unit kenderaan hibrid eDrive – tertinggi di Malaysia dan dunia

Kumpulan BMW Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia telah memasang dan mengeluarkan lebih 4,500 unit 330e, X5 xDrive40e dan 740Le xDrive di negara ini, iaitu jumlah tertinggi bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau ASEAN dan dunia, jika dibandingkan dengan peratusan jumlah kenderaan yang dikeluarkan di negara ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi meraikan dan mempromosikan kenderaan dengan teknologi eDrive ini, Kumpulan BMW Malaysia kini sedang menjalankan kempen untuk menghadiahkan BMW i Wallbox Plus dan i AC Fast Charging Cable kepada para pelanggan baru model BMW iPerformance.

“Sedang kami mengusahakan pelbagai projek untuk memasang BMW i Wallbox di tempat awam yang dianjurkan bersama rangkaian rakan pengedar kami serta program ChargEV bersama GreenTech Malaysia, kami menyedari bahawa kita memerlukan lebih banyak kemudahan pengecasan awam untuk mempromosikan teknologi baru ini bagi kenderaan premium. Kami juga ingin memberi ganjaran kepada pelanggan kami kerana membantu kami memperoleh pencapaian ini menerusi teknologi tersebut. Kempen ini membolehkan kami mencapai kedua-dua objektif ini,” kata Han Sang Yun, Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan BMW Malaysia.

BMW_Sarawak

Baru-baru ini, Seong Hoe Premium Motors, wakil pengeluar auto premium ini di Melaka telah memasang BMW i Wallbox khas di Holiday Inn Melaka dan The Equatorial Melaka manakala Regas Premium Auto Sarawak memasang dua BMW i Wallbox di CityONE Megamall di Kuching, yang merupakan infrastruktur pengecasan awam yang pertama di negeri tersebut.

Kempen baru bagi kenderaan BMW iPerformance ini turut menawarkan program insurans yang komprehensif secara percuma, iaitu Ultimate Protection Programme+ (UPP+) dengan ihsan BMW Credit Malaysia dan ditaja jamin oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

The all-new BMW X5 xDrive40e

Program baru ini menawarkan perlindungan lengkap 360 darjah yang merangkumi Kematian akibat Kemalangan atau Hilang Upaya Menyeluruh Kekal sehingga RM100,000 setiap seorang termasuklah penumpang, Penjagaan Kunci sehingga RM1,000, Insiden Pecah Kereta sehingga RM3,000, Bantuan Khas sehingga RM10,000, Perlindungan Banjir sehingga RM30,000, Perlindungan Rim sehingga RM 3,000, Insurans GAP sehingga RM10,000, Pembayaran Balik Pinjaman Sewa Beli Maksimum Enam Bulan sehingga RM2,500 bagi setiap bayaran bulanan, dan buat pertama kalinya perlindungan terhadap Calar dan Kemek sehingga RM3,000.

Kempen bagi BMW i Wallbox Plus dan BMW i AC Fast Charging Cable ini adalah terhad kepada 1,000 pelanggan pertama sahaja sehingga 31 Disember 2017.

Previous post

Model skala enjin Bugatti Chiron

Next post

Honda Malaysia panggil semula 2,814 unit HR-V

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *