Cerita Auto

Porsche 911 Carrera T khas untuk golongan ‘purist’

Porsche telah memperkenalkan varian terbaru yang dikenali sebagai 911 Carrera T, di mana huruf “T” tersebut merujuk kepada perkataan “touring”. Ia dibangunkan dengan satu tujuan iaitu bagi menghidupkan kembali semangat purist yang dibawa oleh model 911T pada tahun 1968.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Aspek luaran varian ini menampilkan spoiler hadapan dan rim 20 inci yang boleh dipadankan dengan pilihan warna Black, Lava Orange, Guards Red, Racing Yellow, White, Miami Blue, Carrara White, Jet Black dan GT Silver. Logo “911 Carrera T” dan ekzos berwarna hitam melengkapkan penampilannya.

high_911_carrera_t_2017_porsche_ag (3)

Pemandu boleh memilih untuk mendapatkan tempat duduk sport elektrik dengan kemasan fabrik Sport-Tex atau tempat duduk bucket. Selain daripada tombol gear pendek, varian ini turut mendapat stereng sport GT dengan kemasan kulit. Tiga pakej ditawarkan bagi bahagian dalaman iaitu Racing Yellow, Guards Red dan GT Silver.

high_911_carrera_t_2017_porsche_ag (2)

Dengan kaca ringan, pemegang pintu kain dan bahan penyerapan bunyi yang minimum, 911 Carrera T mempunyai berat sebanyak 1,425 kg, menjadikan ia varian paling ringan dalam barisan modelnya.

high_911_carrera_t_2017_porsche_ag (6)

Ia juga menampilkan beberapa kelengkapan yang tidak terdapat pada model 911 Carrera, seperti pakej Sport Chrono, tombol gear pendek dengan tulisan berwarna merah, serta sistem suspensi PASM yang mengurangkan ketinggian kenderaan sebanyak 20 mm. Varian ini juga boleh didapati dengan sistem stereng gandar belakang yang tidak ditawarkan pada 911 Carrera.

high_911_carrera_t_2017_porsche_ag

Jumlah kuasa sebanyak 370 hp dan 460 Nm dibekalkan oleh enjin 3.0-liter enam silinder. Versi automatik PDK memerlukan 4.0 saat untuk memecut dari keadaan pegun ke 100 km/j, manakala versi manual yang dilengkapi dengan nisbah gandar belakang pendek dan differential lock mekanikal memerlukan 4.5 saat. Kedua-duanya mempunyai kelajuan maksimum yang sama iaitu lebih dari 290 km/j.

 

 

Previous post

Honda Malaysia panggil semula 2,814 unit HR-V

Next post

Daihatsu Pamer DN Pro Cargo, DN Compagno, DN U-Space DN Trec dan DN Multisix di Tokyo Motor Show ke 45

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *