Psst!

Ferrari sah akan sertai segmen SUV

Satu laporan daripada Bloomberg mengatakan bahawa Ferrari akhirnya akan menimbangkan secara serius pembangunan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama mereka.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berucap di Bursa Saham New York, Sergio Marchionne, Ketua Pegawai Ekskutif Ferrari merujuk kenderaan tersebut sebagai “FUV” atau “Ferrari Utility Vehicle”. Menurutnya lagi, ia akan didatangkan dalam konfigurasi empat pintu.

Bagaimanapun, keputusan akhir berkenaan pengeluaran FUV hanya akan diberikan dalam tempoh 30 bulan. Jika ia memasuki produksi, kenderaan tersebut akan dijual secara eksklusif dalam bilangan yang terhad, seperti kebanyakan model istimewa jenama itu.

Tiada maklumat teknikal didedahkan, namun laporan-laporan lain mengatakan bahawa FUV tersebut akan dibina menggunakan platform GTC4 Lusso berserta enjin V8 hibrid dan sistem pacuan semua roda.

Kenderaan utiliti dilihat menjadi satu kemestian bagi pengeluar yang ingin menaikkan prestasi jualan mereka, seperti mana yang telah dilakukan oleh Porsche, Jaguar dan Bentley. Malah, Lamborghini juga bakal mengeluarkan SUV kedua mereka iaitu Urus tidak lama lagi.

Previous post

Saitama Honda Akan Menjadi Kilang Kenderaan Elektrik Sepenuhnya

Next post

Renault Kongsi Pelan Keuntungan 6 Tahunnya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *