Gaya Hidup

Beli Toyota dan Menangi Sehingga Sejuta Hadiah !

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menawarkan pelanggan peluang untuk memenangi hadiah bernilai RM1 juta dalam “Toyota RM1,000,000 Bonanza” dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2017. Hadiah bernilai RM1,000,000 termasuk tiga unit Toyota Camry 2.5 Hybrid sebagai Hadiah Utama dan 100 unit telefon pintar bernilai RM5,000 setiap satu.

Syarikat itu terus memberikan promosi yang cemerlang kepada pelanggannya bulan Oktober ini dengan tawaran istimewa untuk pelbagai model Toyota. Rebat sehingga RM7,000 boleh didapati pada model terpilih dan dipadankan dengan aksesori Toyota yang bernilai sehingga RM5,790. Terdapat juga perkhidmatan berjadual percuma (termasuk alat ganti yang diperlukan) sehingga 3 tahun untuk model terpilih.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pelanggan yang membeli salah satu model Toyota terpilih akan menikmati tawaran berikut:

(Semua tawaran adalah untuk varian terpilih dan tertakluk kepada Terma dan Syarat, sementara stok masih ada).

Pelanggan yang memerlukan pelan pembiayaan juga boleh menyemak tawaran perkhidmatan Toyota Capital seperti Rancangan Toyota 2-Tier yang menawarkan ansuran bulanan yang lebih rendah untuk graduan dan pelan pembiayaan Toyota Drive, yang pertama seumpamanya, di mana pelanggan boleh lebih berjimat.

Kujungi showroom mereka 6 & 7 Okt di gerai Kelantan & Terengganu atau 7 & 8 Okt di semua kedai Toyota yang lain di seluruh negara. Anda boleh menikmati hidangan ringan, aktiviti yang menyeronokkan, peluang memandu ujian dan banyak lagi!

Semua model Toyota yang dijual oleh UMW Toyota Motor datang dengan jaminan selama 5 tahun dan perbatuan tanpa had (kecuali Toyota Hilux dengan jarak tempuh maksimum 150,000kms) Waranti boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya jika masih laku.

Untuk maklumat lanjut tentang pakej-pakej pembiayaan dan tawaran ini, layari www.toyota.com.my.

Previous post

Supercar Volvo Polestar 600bhp Akan Dilancaran Bulan Ini

Next post

Mercedes-Benz E350e versi pemasangan tempatan dilancarkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *