Berita Auto

Mercedes-Benz E350e versi pemasangan tempatan dilancarkan

Mercedes-Benz Malaysia memperkukuhkan barisan produk hibridnya dengan pelancaran E350e versi CKD di kilang pemasangan di Pekan, Pahang. Ia ditawarkan dalam dua varian iaitu Exclusive Line dan AMG Line, serta model edisi terhad iaitu Edition 60.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari aspek kelengkapan, E350e Exclusive Line menampilkan imej Mercedes klasik yang dipadankan dengan bahan-bahan mewah di dalam kabin seperti upholsteri kulit Nappa serta ciri-ciri moden termasuk sistem audio Burmester dan Widescreen Cockpit.

Mercedes-Benz Malaysia 14

AMG Line pula membawa reka bentuk lebih sporty dan agresif menerusi kit badan AMG dan rim aloi bersaiz 19 inci. Bahagian kabin turut diserikan dengan kemasan tenunan logam serta roda stereng sport AMG.

Mercedes-Benz Malaysia 10

Terhad kepada hanya 60 unit, E350e Edition 60 dilengkapi dengan pelbagai ciri mewah termasuk rim aloi 19 inci, pakej dalaman Exclusive Line dengan kemasan berwarna hitam piano, kuning air dan coklat. Membuatkan varian ini lebih eksklusif adalah lencana ‘Edition 60’ pada bahagian dapra hadapan dan konsol tengah, serta kunci berwarna hitam dengan hiasan krom matte.

E 350 e AMG Line (10)

Seperti model C350e, E350e dijana oleh gabungan enjin 2.0-liter empat silinder dan motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan 286 hp dan 550 Nm. Dilengkapi dengan transmisi automatik 9G-Tronic, sedan ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.2 saat, dengan kelajuan maksimum mencecah 250 km/h.

E 350 e AMG Line (20)

Walaupun berprestasi agak tinggi, penggunaan bahan api bagi model ini adalah 2.1 liter bagi setiap 100 km manakala tahap pelepasan CO2 pula berada pada tahap 49 gram setiap km.

Mercedes-Benz Malaysia 17

E350e didatangkan standard dengan suspensi udara Airbody Control yang boleh ditetapkan menjadi lebih sporty atau selesa menerusi sistem Dynamic Select yang menawarkan tiga mod iaitu Comfort, Sport dan Sport+. Lampu hadapan Multibeam LED, sistem COMAND Online serta Parking Pilot dengan kamera 360 darjah turut disertakan.

Mercedes-Benz Malaysia 16

Harga bagi Mercedes-Benz E350e CKD bermula dari RM392,888 bagi Exclusive Line, RM395,888 bagi AMG Line dan RM408,888 bagi Edition 60.

 

Previous post

Beli Toyota dan Menangi Sehingga Sejuta Hadiah !

Next post

Perbezaan Utama Honda CR-V Baharu dan Lama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *