Cerita Auto

Honda Civic Type R tiba di Malaysia

Honda Civic Type R, salah satu kereta paling ditunggu-tunggu tahun ini, telah tiba di Malaysia dan kini ditayangkan di Litar Antarabangsa Sepang bersempena dengan Grand Prix Formula 1 Malaysia yang berlangsung sepanjang hujung minggu ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bukan sekadar membuat penampilan, hot hatch itu juga disahkan akan menyertai barisan model Honda Malaysia. Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan bermula 1 Oktober 2017 di 21 pengedar Honda Sport seperti yang terdapat dalam senarai di bawah. Harga masih belum diumumkan.

Kawasan Pengedar Honda Sport
1 Tengah Autoworld Asia Sdn Bhd
2 Tengah Botanic Auto Mall Sdn Bhd
3 Tengah Global Amity Sdn Bhd (Bangi)
4 Tengah Kah Motor Co Sdn Bhd – Selayang
5 Tengah Sri Utama Auto Sdn Bhd
6 Tengah USJ Car Express Sdn Bhd
7 Tengah MH Prestige Auto Sdn Bhd
8 Tengah Peringgit Sri Motor Sdn Bhd
9 Tengah Tenaga Setia Resources Sdn Bhd
10 Tengah The Millenium Auto Carriage
11 Pantai Timur Chuan Thye Motor Sdn Bhd
12 Pantai Timur Syarikat Tan Eng Ann Sd Bhd
13 Malaysia Timur Syarikat Labuan Automobile Sdn Bhd
14 Utara Ban Hoe Seng (Auto) Sdn Bhd
15 Utara Formula Venture Sdn Bhd
16 Utara Kah Motor Co Sdn Bhd – Sg Pinang
17 Utara Lee Motor SP (Car Div) Sdn Bhd
18 Utara Yooi Cars Sdn Bhd
19 Selatan Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd (Seremban)
20 Selatan Syarikat Motor GS Tay Sdn Bhd
21 Selatan Yong Ming Motor Sdn Bhd

Civic Type R dikuasakan oleh enjin pengecas turbo 2.0-liter empat silinder yang menghamburkan 310 PS dan 400 Nm, menjadikannya Type R paling berkuasa pernah dihasilkan. Kuasa disalurkan ke gandar hadapan menerusi kotak gear manual enam kelajuan. Ia menggunakan rim aluminium aloi 20 inci dan sistem brek Brembo.

Photo-4

Ia menampilkan tiga mod pemanduan – Comfort, Sport dan +R – yang memberikan dinamik yang berbeza. Mod-mod tersebut mengawal fungsi Adaptive Damper System (ADS), pendikit Drive-by-Wire (DBW), Electronic Power Steering (EPS), Vehicle Stability Assist (VSA), serta sistem cengkaman dan brek.

Photo-8

Sebagai bukti kemampuannya, Civic Type R adalah pemegang rekod bagi kereta produksi pacuan roda hadapan di litar Nurburgring dengan catatan masa 7 minit 43.80 saat.

Photo-5

Ia dipasang di kilang Honda di Swindon, United Kingdom, manakala enjin pula dibuat di Anna, Ohio, Amerika Syarikat.

 

Previous post

Institusi Pengajian Tinggi Berubah Untuk Memenuhi Keperluan Industri

Next post

Grab perkenal perkhidmatan JustGrab

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *