Berita Auto

Grab perkenal perkhidmatan JustGrab

Grab telah mengumumkan pelancaran perkhidmatan JustGrab di Pulau Pinang, Langkawi, Melaka, Johor Bharu, dan Kota Kinabalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ciri ini, yang juga disediakan di Lembah Klang semasa Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Para ASEAN ke-9, menggabungkan kecekapan kenderaan GrabTaxi dan GrabCar di bawah satu perkhidmatan dengan satu ‘klik’ sahaja. Berikut adalah manfaat yang ditawarkan kepada penumpang:

  • Tempoh menunggu yang lebih singkat: Penumpang boleh akses rangkaian kenderaan yang lebih luas di kawasan berdekatan. Dengan kata lain, ia memendekkan tempoh menunggu.
  • Ketelusan harga: Harga tambang dipaparkan pada skrin tempahan membolehkan penumpang mengetahui dengan jelas jumlah tambang yang perlu dibayar bagi setiap
  • Lebih banyak pilihan perjalanan pada harga berbeza: JustGrab menjadi pelengkap kepada perkhidmatan Grab sedia ada iaitu GrabTaxi dan GrabCar dengan memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih mod pengangkutan mereka. Pengguna yang suka menggunakan tambang bermeter boleh memilih GrabTaxi, manakala mereka yang suka menaiki kereta sewa persendirian boleh memilih GrabCar, dan bagi mereka yang tidak mahu menunggu lama boleh memilih JustGrab.

JustGrab yang dilancarkan secara rasmi buat pertama kali di Singapura pada Mei 2017 dan di Thailand pada Ogos 2017, diterima baik oleh penumpang dan rakan pemandu kerana ianya mudah, mempercepatkan perjalanan dan harga tambang yang dipaparkan terlebih dahulu dalam aplikasi sebelum tempahan dibuat.

Hari ini, 80% daripada perjalanan di Singapura adalah menerusi JustGrab, di mana penumpang menikmati purata masa menunggu kurang daripada 3 minit. Rakan pemandu teksi yang berdaftar dengan JustGrab turut mendapat pendapatan yang lebih tinggi, dengan peningkatan 25% tempahan teksi.

Previous post

Honda Civic Type R tiba di Malaysia

Next post

Petronas Syntium Dengan CoolTech Tangani Haba Di F1 Dan Kereta Di Jalan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *