Psst!

Chery Akan Lancar SUV GLOBAL Mereka @ Frankfurt Motor Show Bulan Depan

Chery Automobile Co., Ltd, pengeksport kenderaan China, akan memulakan jualan kereta penumpang di Eropah dalam masa beberapa tahun akan datang dengan nameplate serba baru.

Model pertama yang akan dijual akan ialah sebuah SUV kompak yang direka untuk pelanggan muda, urban, yang berfikiran progresif dan akan memenuhi keperluan dan jangkaan pembeli swasta dan armada Eropah dari segi reka bentuk, kualiti, dinamik dan crash worthiness.

Kereta ini akan didedahkan di peringkat global dalam bentuk pra-pengeluaran untuk kali pertama di Frankfurt Motor Show (IAA) pada 12 September 2017. (imej teaser di bawah)

Mereka juga merancang untuk menjual pelbagai hybrid electric vehicles (HEVs), plug-in hybrid electric vehicles (P-HEVs) dan battery electric vehicles (BEVs).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Chery mempunyai keupayaan pengeluaran untuk memenuhi cita-cita mereka di Eropah. Ia mempunyai empat tapak pengeluaran di China dengan kapasiti untuk menghasilkan lebih 1 juta kenderaan, lebih kurang satu juta enjin dan sekitar 600,000 penghantaran. Di luar pasaran domestik, Chery mempunyai 10 kemudahan pengeluaran dan jualan dan perkhidmatan hampir 1,200 cawangan berbanding lebih 500 di China.

 

 

 

 

Previous post

Jejak Makan || ROSS || Eat Beat Ep 38 - Moorthy's Mathai Banana Leaf Restaurant

Next post

Aston Martin Vanquish Zagato Volante

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *