Berita Auto

Mercedes-Benz E-Class Coupe Dilancarkan di Malaysia

Mercedes-Benz Malaysia secara rasminya telah melancarkan E-Class Coupe baharu, yang juga merupakan ahli terbaru barisan Dream Car Collection jenama itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berbanding E-Class yang mempunyai empat varian, model coupe dua pintu ini ditawarkan dalam dua varian – E 200 dan E 300. Bagaimanapun, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan varian E 300 Edition 1 yang terhad kepada 555 unit sahaja di seluruh dunia.

E-300-Coupe-Edition-1-(6)

Menggunakan platform yang sama dengan E-Class, E-Class Coupe tampil lebih besar berbanding model terdahulu dengan ukuran panjang 4,826 mm, lebar 1,860 mm dan tinggi 1,430 mm. Ini bermakna ia mempunyai ruang kabin yang lebih luas dan selesa untuk pemandu serta penumpang.

E-200-Coupe-AMG-Line-(6)

Ketiga-tiga varian didatangkan dengan kemasan AMG Line dan lampu utama Multibeam LED, namun bagi E 300 dan E 300 Edition 1, ia turut mendapat Night Package, Adaptive High Beam Assist Plus, rim AMG 20 inci (berbanding 18 inci pada E 200), serta ‘sunroof’ panoramik.

E-300-Coupe-Edition-1-(16)

Seperti yang dijangka, ruang kabin E-Class Coupe tampil mewah dengan reka bentuk dan susun atur yang sama dengan E-Class sedan empat pintu. Elemen utama bagi bahagian ini sudah tentu skrin berukuran 12.3-inci dengan resolusi 1902 X 720 piksel yang membentuk ‘widescreen cockpit’ kereta ini. Ia mempunyai tiga gaya paparan berbeza iaitu Classic, Sport dan Progressive.

E-300-Coupe-Edition-1-(17)

Antara ciri-ciri yang dilengkapi secara standard bagi ketiga-tiga varian yang ditawarkan termasuklah sistem COMAND Online yang boleh dikawal melalui pad sentuh, pengecas wayarles, Apple CarPlay serta Android Auto. E 300 dan E 300 Edition 1 turut mendapat sistem audio Burmester.

E-300-Coupe-AMG-Line-(18)

E 200 dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 184 hp dan 300 Nm, sekaligus membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.8 saat seterusnya mencapai kelajuan maksimum 240 km/j.

E-300-Coupe-AMG-Line-(4)

E 300 dan E 300 Edition 1 juga dilengkapi dengan enjin turbo 2.0-liter, namun jumlah kuasa telah dipertingkatkan ke 245 hp dan 370 Nm. Ini membolehkan kereta tersebut mencapai 100 km/j dalam 6.4 saat dengan kelajuan maksimum 250 km/j. Kesemua varian menggunakan transmisi 9G-Tronic yang menyalurkan kuasa ke gandar belakang.

E-300-Coupe-Edition-1-(14)

Ketiga-tiga varian didatangkan standard dengan suspensi Agility Control dengan redaman pasif dan aktif. Untuk imej yang lebih sporty, suspensi tersebut adalah 15 mm lebih rendah berbanding model empat pintu dan ia juga ditala untuk keselesaan. Sistem Dynamic Select dengan mod Comfort, ECO, Sport dan Sport+ turut disertakan.

E-200-Coupe-AMG-Line-(2)

Untuk pengalaman memandu yang lebih baik, E 200, E 300 dan E 300 Edition 1 juga menerima sistem ekzos sport, sistem Direct-Steer dan Active Brake Assist. Aspek keselamatan pula terdiri daripada sistem Pre-Safe, Anti-Theft Protection, Tyre Pressure Monitoring System, Interior Monitoring System serta tayar ‘run flat’.

E-300-Coupe-AMG-Line-(3)

Harga bagi E-Class Coupe bermula dari RM435,888 bagi E 200, RM499,888 bagi E 300 dan RM534,888 bagi E 300 Edition 1. Pelanggan yang layak boleh membawa pulang model ini menerusi perkhidmatan Agility Financing dengan bayaran bulanan bermula dari RM4,358 bagi E 200, RM4,998 bagi E 300 serta RM5,348 bagi E 300 Edition 1.

 

Previous post

Honda Malaysia Merangkumi Semangat Mencabar Dalam Barisan Barangan Baharu

Next post

Honda Malaysia Memperkenalkan City Sport Hybrid i-DCD Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *