Berita Auto

Honda Malaysia Memperkenalkan City Sport Hybrid i-DCD Baharu

Honda Malaysia mengejutkan pasaran dengan memperkenalkan City Sport Hybrid i-DCD baharu yang kini dibuka untuk tempahan di semua 91 peniaga di seluruh negara.

Dengan pelancaran ini, Malaysia sekali lagi menjadi satu-satunya negara di luar Jepun untuk memperkenalkan powertrain baru ini dalam City, dan menyokong strategi Honda Malaysia untuk menumpukan pada Next Generation Advanced Technology.

Pengenalan New City Hybrid menawarkan pilihan powertrain yang berbeza kepada ramai peminat City di Malaysia sambil mengukuhkan kedudukan kepimpinan B-segmen City. City baharu, yang dilancarkan pada Mac tahun ini, mencapai kejayaan besar dengan mencatatkan lebih daripada 12,000 jualan unit dalam masa empat bulan.

Penerimaan yang baik City baharu adalah sejajar dengan rekod pemimpin segmen B ini, yang telah secara konsisten popular di kalangan rakyat Malaysia, dengan lebih daripada 115,800 unit model Generasi ke-4 yang dijual sejak dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac 2014.

Harga kurang daripada RM90,000.

New City Hybrid adalah model hibrid kedua yang diperkenalkan tahun ini selepas New Jazz Hybrid dan merupakan model baharu kelima dalam barisan produk Honda Malaysia untuk tahun 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dikuasai enjin 1.5L DOHC i-VTEC dipadankan dengan 7-Speed Dual Clutch Transmission (DCT) dengan Integrated High Power Motor.  Kuasa kuda 137PS dan tork 170Nm sama dengan enjin  1.8L. Penjimatan bahan api,  3.9L/100km. Batteri ialah Lithium ion (Li-ion).

Pelanggan boleh melihat dan menguji kedua-dua varian New City Hybrid dan New Jazz Hybrid di mana-mana pengedar yang disenaraikan. Pelanggan boleh melihat senarai peniaga dengan melayari laman web rasmi Honda Malaysia www.honda.com.my.

 

Previous post

Mercedes-Benz E-Class Coupe Dilancarkan di Malaysia

Next post

Program 'New Power15' Lindungi Kereta Ferrari Anda Sehingga 15 Tahun

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *