Gaya Hidup

Nilai Tesla Kini USD2.7 Bilion Lebih Dari Ford

Ford sudah berniaga kereta selama lebih 100 tahun dan kini bernilai kira-kira USD45.1 bilion, bagaimanapun Tesla Motors kini bernilai USD47.8 bilion menurut laporan Bloomberg baru-baru ini.

Tahun lepas, hantaran Tesla kurang daripada 80,000 kereta. Ford, yang merupakan pengeluar kereta ke-2 terbesar di Amerika, menjual 6.7 juta kenderaan.

Saham Tesla meningkat lebih 5% peratus selepas melaporkan ia telah menghantar 25,000 kenderaan (hampir separuh daripadanya adalah Model X) dalam suku pertama tahun 2017. Pelabur mengambil ia sebagai tanda bahawa Tesla boleh mencapai matlamatnya untuk pertumbuhan menjelang pelancaran Model 3. Tesla menghantar lebih 25,000 kenderaan di Q1, dipecahkan seperti berikut:

Tesla Model S: 13,450
Tesla Model X: 11,550

Dan pada masa yang sama menghasilkan 25,418 EV antara Januari dan Mac – rekod syarikat baru.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Previous post

Majalah Video 9:11 Porsche Sudah Ada 2 Episod Hebat

Next post

Volkswagen Tiguan Kini di Malaysia - Dari RM148,990

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *