Cerita Auto

Volkswagen Tiguan Kini di Malaysia – Dari RM148,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini secara rasminya melancarkan Tiguan serba baharu. Dipasang secara tempatan di Pekan, Tiguan ditawarkan pada harga RM148,990 untuk varian Comfortline dan RM168,990 bagi model Highline. Untuk tempoh terhad, VPCM menawarkan diskaun sebanyak RM7,000 untuk SUV terbarunya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kedua-dua varian menggabungkan enjin TSI pengecas turbo bersesaran 1.4-liter empat silinder dengan kotak gear DSG enam kelajuan untuk memberikan kuasa impresif iaitu 150 PS dan 250 Nm tork di antara 1,500 hingga 3,500 rpm.

Volkswagen Tiguan

Ini membolehkan Tiguan untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 8.9 saat dengan catatan penggunaan bahan api sekitar 6.7 liter bagi setiap 100 km, sekaligus memberikan SUV itu status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Ia juga mempunyai ruang kargo sebesar 615 liter.

Volkswagen Tiguan

Dari segi kelengkapan, Tiguan Highline menampilkan rim ‘Kingston’ bersaiz 18 inci, lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang LED, tailgate elektrik serta kamera undur. Tiguan Comfortline mendapat rim ‘Montana’ 17 inci dan lampu hadapan halogen. Lampu belakang LED adalah standard bagi kedua-dua varian.

Volkswagen Tiguan

Bahagian dalaman varian Highline pula dilengkapi dengan upholsteri kulit ‘Vienna’ dengan kemasan ‘Dark Grid’ pada papan pemuka, serta pelbagai ciri tambahan seperti penyaman udara 3 zon, tempat duduk kuasa dengan 12 pengubahsuaian dan sokongan lumbar, Keyless Access dan Park Assist.

Volkswagen Tiguan

Selain itu, Tiguan Highline juga didatangkan dengan Active Info Display (AID) dengan skrin 12.3 inci. Paparannya boleh diubahsuai melalui lima mod yang disediakan iaitu Classic, Fuel Consumption, Eco, Navigation dan Driving Assistance. Kedua-dua varian menampilkan skrin sesentuh 8 inci dengan lapan pembesar suara.

Volkswagen Tiguan

Untuk tempoh terhad, varian Highline boleh dipesan dengan ciri App Connect yang ditawarkan pada harga RM699 (harga asal RM1,099). Ia menyokong sistem Android Auto, Apple Carplay dan Mirrorlink untuk penyambungan telefon pintar ke sistem infotainemnt kenderaan.

????????

Antara ciri keselamatan yang disertakan termasuklah enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Brake Assist (BA), Multi-collision Brake, Intelligent Crash Response System (ICRS), Electronic Parking Brake (EPB) serta Hill-Hold Control.

Volkswagen Tiguan

Ia boleh didapati dalam lima warna iaitu putih (Pure White), hitam (Deep Black), biru (Atlantic Blue), perak (Tungsten Silver) dan kelabu (Indium Grey).

 

Volkswagen Tiguan

 

 

 

Previous post

Nilai Tesla Kini USD2.7 Bilion Lebih Dari Ford

Next post

Lexus Persembahkan Edisi Khas NX 1 Dengan Hanya RM312,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *