Gaya Hidup

FUJI HEAVY INDUSTRIES Limited Kini Dikenali Sebagai SUBARU CORPORATION

Fuji Heavy Industries Ltd. (FHI) menukar nama syarikatnya kepada Subaru Corporation berkuat kuasa 1 April, 2017. Untuk meraikan penukaran itu, upacara penamaan semula telah diadakan semalam untuk pekerja di Ibu Pejabat syarikat itu di Ebisu, Tokyo dan tiga kemudahan domestik lain .

Impreza serba baharu dilancarkan di Jepun pada bulan Oktober 2016 dan model berskala besar varian maju helikopter 412EPI dipamerkan pada majlis di Ibu Pejabat untuk melambangkan komitmen Subaru kepada pertumbuhan sebagai jenama global yang tersendiri dalam industri automotif dan aeroangkasa.

Risalah peringatan dan PIN Kumpulan yang baru dihasilkan telah diedarkan kepada pekerja.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FHI Yasuyuki Yoshinaga berkata, “Kami telah lama berusaha untuk membuat produk yang  terbaik. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, usaha kami telah berkembang daripada membuat produk yang baik untuk menyampaikan nilai yang tersendiri yang hanya Subaru boleh membawa kepada pelanggan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Penukaran nama syarikat mengisytiharkan keazaman Subaru untuk berkembang maju sebagai satu jenama yang menyampaikan nilai. Apabila pelanggan berpuas hati, kita melihat wajah-wajah gembira. Kami mahu menggalakkan lebih senyuman dan mencipta lebih banyak peminat Subaru. Bersama-sama dengan nama syarikat baru, mari kita semua membuat pasukan Subaru yang bersinar cerah! ”

 

Previous post

Hyundai Pilih Nama KONA Bagi SUV Kompak Terbarunya

Next post

Sanggup Bayar RM169,888.00 Untuk Kia Stinger?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *