Cerita Auto

Hyundai Pilih Nama KONA Bagi SUV Kompak Terbarunya

KONA – inilah nama SUV kompak terbaru dari Hyundai yang bakal dilancarkan pada tahun ini. Nama tersebut dipilih bersempena dengan sebuah daerah di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kehadiran Kona tidak lama lagi juga menandakan kemasukan Hyundai dalam segmen B SUV, sekaligus mengembangkan barisan SUV jenama Korea itu. Ia juga meneruskan tradisi Hyundai dalam memilih destinasi percutian terkenal sebagai nama kenderaan mereka seperti Creta, Santa Fe, Tucson dan Veracruz.

Kona dibangunkan dengan fokus untuk meningkatkan ciri-ciri dinamik pemanduan, sekaligus menjadi penanda aras dari aspek prestasi dalam segmen SUV kompak. Tidak banyak maklumat yang didedahkan setakat ini, namun Hyundai menjanjikan ruang dalaman terbaik dalam kelas serta ciri-ciri rekaan inovatif.

 

Previous post

Infiniti QX80 Monograph Bakal Muncul di New York Auto Show

Next post

FUJI HEAVY INDUSTRIES Limited Kini Dikenali Sebagai SUBARU CORPORATION

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *