Motosikal

Cub Prix: Kasma Sukar Dihalang

Juara CP130 2016, Kasma Daniel Kasmayudin membuktikan statusnya sebagai pelumba pilihan apabila muncul pemenang pertama kategori yang baharu diperkenalkan, CP150 pada Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Temerloh, Pahang, hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang bermula dari petak kedua berjaya mengetepikan seorang lagi pelumba pilihan, Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) sebaik perlumbaan bermula untuk mendahului kedudukan dari awal perlumbaan sebelum berjaya menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 14’38.563s.

“Saya memulakan perlumbaan dengan baik dan dapat mendahului pelumba-pelumba lain. Selepas itu saya cuba untuk lari dari kelompok kedua yang mempunyai ramai pelumba dan seterusnya mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat,” jelas Kasma.

“Kemenangan ini amat penting bagi saya untuk mengutip mata maksimum pada dua pusingan terawal musim ini memandangkan saya juga akan beraksi di Sepanyol dan mungkin pertindihan jadual menyebabkan saya tidak dapat beraksi di Cub Prix dalam beberapa pusingan. Saya menghadiahkan kemenangan ini kepada pasukan, penaja, keluarga dan rakan-rakan.”

Tempat kedua mejadi milik rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang bijak menggunakan peluang setelah berlaku insiden kemalangan diantara Zaqhwan dan Mohd Fitri Ashraff Razali (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) ketika bersaing untuk merebut kedudukan kedua dan ketiga.

Kasma in action

Fazli menamatkan perlumbaan dengan masa 14’42.819s diikuti Zaqhwan ketiga, 14’42.864s.

Saingan kelas CP115 menyaksikan persaingan sengit pada peringkat awal perlumbaan diantara duo PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dan Motul Zeneos Yamaha YY Pang sebelum kemenangan mutlak menjadi milik juara bertahan, Md Akid Aziz diikuti rakan sepasukan, Md Haziq Md Fairues.
Akid menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’22.325s diikuti Haziq, 11’23.145s. Tengku Amirul Haffirudin berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dengan masa 11’32.175s.

Dalam perlumbaan kelas Wira, pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing meneruskan penguasaan mereka untuk memburu gelaran juara keseluruhan buat kali keempat berturut-turut apabila Saiful Azhary Muhamad muncul juara dengan masa keseluruhan 9’23.448s diikuti duo PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech, Md Danial Syahmi dan Md Aiman Tahiruddin, masing-masing dengan masa 9’26.203s dan 9’26.615s.

CP150 group action

Keputusan
CP150
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 14’38.563s 25 mata
2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 14’42.819s 20 mata
3. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 14’42.864s 16 mata
4. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 14’49.183s 13 mata
5. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha 14’49.754s 11 mata

CP115
1. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 11’22.325s 25 mata
2. Md Haziq Md Fairues (SGR) Yamaha 11’23.145s 20 mata
3. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 11’32.175s 16 mata
4. Md Hafienaz Md Ali (PRK) Yamaha 11’35.956s 13 mata
5. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 11’38.218s 11 mata

WIRA
1. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 9’23.448s 25 mata
2. Md Danial Syahmi (TRG) Yamaha 9’26.203s 20 mata
3. Md Aiman Tahiruddin (KUL) Yamaha 9’26.615s 16 mata
4. Md Syafiq Aiman (JHR) Yamaha 9’27.037s 13 mata
5. Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Honda 9’27.538s 11 mata

Previous post

AMG GT Berasaskan Sedan Untuk Mencabar Panamera

Next post

Juara-juara Lamborghini Super Trofeo Middle East 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *