Cerita Auto

Hyundai Accent 2018 Dilancarkan di Toronto

Diperkenalkan di Pertunjukan Auto Antarabangsa Canada di Toronto, Hyundai Accent baharu menampilkan rekaan yang lebih seragam dengan barisan teknologi terkini yang meningkatkan dinamik pemanduan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model generasi kelima ini ditawarkan dalam dua bentuk iaitu sedan empat pintu yang dijual bermula suku ketiga tahun ini, dan hatchback lima pintu pada suku seterusnya.

2018 Hyundai Accent 04

Berbanding model terdahulu, Accent baharu adalah 29 mm lebih lebar dan 15 mm lebih panjang. Jarak roda turut berkembang sebanyak 10 mm untuk penggunaan ruang kabin secara maksimum.

Accent versi lima pintu pula 70 mm lebih panjang dan 29 mm lebih lebar berbanding model terdahulu. Seperti versi sedan, jarak rodanya turut berkembang sebanyak 10 mm. Ketinggian kedua-duanya tidak berubah.

2018 Hyundai Accent 06

Disebalik imejnya yang lebih segak, Accent menampilkan casis baru yang menggunakan 54.5 peratus keluli kekuatan tinggi (naik dari 41.5 peratus). Digabungkan denganbahan pelekat struktur sepanjang 98.5 meter, ketegaran kilasan (torsional rigidity) turut menyaksikan peningkatan sebanyak 32 peratus.

Selain itu, peningkatan turut diberikan kepada sistem suspensi, di mana nisbah penyerap hentak belakang dinaikkan untuk pengendalian yang lebih stabil. Motor-Drive Power Steering (MDPS) pula beroperasi mengikut keadaan pemanduan sekaligus meningkatkan ekonomi bahan api.

2018 Hyundai Accent 05

Bercakap tentang bahan api, Accent menampilkan enjin Gamma 1.6-liter, empat silinder GDI yang menghasilkan 132 hp dan 161 Nm tork. Berbanding enjin terdahulu, tork yang dijana meningkat sebanyak 4.6 peratus pada tahap 1,500 rpm, menjadikan pemanduannya lebih lancar.

Menurut Hyundai, enjin tersebut kini dilengkapi dengan gelang omboh rendah geseran, modul tekanan bahan api boleh ubah serta perisian yang dinaik taraf. Hasilnya, masa pecutan dari 40 – 80 km/j dan 80 – 120 km/j masing-masing menurun sebanyak 0.2 saat dan 1.3 saat, manakala kecekapan bahan api pula meningkat sebanyak tujuh peratus secara keseluruhan.

2018 Hyundai Accent 07

Accent boleh didapati dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik enam kelajuan yang telah direka semula supaya lebih lancar dan lebih ringan sebanyak 2 kg. Selain itu, ia turut didatangkan dengan ciri Drive Mode Select yang menampilkan mod Normal dan Sport.

Dari aspek multimedia, Accent akan ditawarkan dengan sistem infotainmen dengan skrin tujuh inci dan kamera undur dalam pasaran tertentu. Ia turut menampilkan Apple CarPlay dan Android Auto yang memberikan pemandu akses kepada fungsi-fungsi seperti navigasi, penstriman audio dan kawalan suara.

2018 Hyundai Accent 03

Ciri-ciri keselesaan dan keselamatan yang ditawarkan termasuklah enam beg udara, Electronic Stability Control, Vehicle Stability Management, Traction Control, ABS serta Autonomous Emergency Braking.

 

Previous post

Ferrari 812 Superfast - Ada Apa Pada Nama?

Next post

PROTON Memasuki Pasaran Indonesia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *