Berita Auto

PROTON Memasuki Pasaran Indonesia

PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) melalui anak syarikat milik penuhnya di Indonesia, PT PROTON Edar Indonesia (“PEI”), memperkenalkan secara rasmi Proton Iriz di pusat beli-belah FX Sudirman, Senayan hari ini. Proton Iriz telah dipamerkan di pusat membeli-belah tersebut sejak 16 Februari 2017 akan terus dipamerkan sehingga 22 Februari 2017.

PHOTO 8

Acara telah dirasmikan oleh Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dengan kehadiran Dato’ Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Mohd Khalid Yusof, Pengarah Transformasi dan Ketua Jualan Antarabangsa, PROTON, Naim Abdul Rahman, Penasihat MATRADE di Kedutaan Malaysia di Indonesia dan Yanuarto Widihandono, Setiausaha Agung Institut Otomotif Indonesia.

Setelah acara pra-tonton dan pandu uji bersama media diadakan pada Khamis, 9 Februari 2017 di Sentul, Bogor, PEI berasa tertarik untuk memperkenalkan secara rasmi hatchback kompak yang terkini bagi segmen kereta City Car kepada para pengguna di Jakarta dan pada 19 Februari 2017 kepada pelanggan di Makassar, Sulawesi.

Photo 6

Indonesia merupakan negara kedua di luar Malaysia selepas Brunei untuk mengimport kereta bersaiz menarik dengan ciri-ciri keselamatan yang menyeluruh (fun-in-size, big-on-safety) ini. Lebih menarik lagi, kereta ini dilengkapi pelbagai ciri keselamatan yang canggih untuk melengkapkan pemanduan dan pengendalian PROTON yang tersendiri. Terdapat dua varian berbeza untuk pasaran Indonesia iaitu 1.3L MT Standard dan 1.3L CVT Standard, masing-masingnya berharga IDR 175, 250,000 dan IDR 185,283,000.

Photo 5

“Proton Iriz agak lengkap dengan segi ciri-ciri keselamatan. Kedua-dua varian dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif. Malah, Iriz merupakan satu-satunya hatchback kompak pada segmen City Car di bawah IDR350 juta yang dilengkapi Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC). Ditambah pula dengan kawalan cengkaman, sistem brek anti-kunci (ABS) dengan pengagihan daya brek elektronik (EBD), bantuan brek, kawalan cerun (HHA) dan sistem peringatan tali pinggang keledar (SBR), ciri-ciri keselamatan sebegini biasanya ditemui dalam kereta mewah jenis premium.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

PROTON juga menggunapakai teknologi Jerman, dipanggil, Hot Press Forming (HPF), untuk melengkapkan fungsi ciri-ciri keselamatan kereta. Struktur HPF ini menyediakan sehingga 5 kali lebih kekuatan daripada keluli biasa untuk ketegaran badan yang lebih kuat dan menjadikan kabin lebih kukuh untuk perlindungan yang lebih baik kepada pelanggan kami, ” kata Dato’ Fuaad.

“Indonesia merupakan pasaran yang penting untuk PROTON. Bukan sahaja dapat mengekalkan hubungan teguh G2G sebagai ahli-ahli yang mengasaskan pertubuhan ASEAN, tetapi kita juga berkongsi pelbagai persamaan daripada segi budaya, rakyat, bahasa dan keadaan cuaca. Kita serumpun,” tambah Dato’ Fuaad.

Photo 3 (1)

“PEI mempunyai sejumlah 25 rangkaian jualan dan perkhidmatan selepas jualan di Indonesia. Para pelanggan boleh mendekati dan melihat sendiri Proton Iriz di kesemua bilik pameran bermula 20 Februari. Dari segi perkhidmatan selepas jualan, kami mempunyai 24 cawangan pusat servis di lokasi-lokasi strategik sekitar Pulau Jawa, Kalimantan, Sumatera dan Sulawesi, dan 8 buah cawangan terletak sekitar daerah Jabodatek. Semua keperluan penyelenggaraan kereta disediakan kesemua pusat servis kami,” sambung Fuaad.

Photo 2 (2)

Sejak diperkenalkan, Proton Iriz telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan daripada industri automotif di Malaysia. Antaranya ialah, penarafan 5 bintang daripada ASEAN New Car Assessment Programme (“ASEAN NCAP”). Iriz juga menerima anugerah Kereta ASEAN NCAP 5 Bintang Paling Mampu Milik di Malaysia dalam Anugerah ASEAN NCAP Grand Prix 2016; Budget Car of The Year untuk Anugerah ASEAN Car of The Year 2016; Reka Bentuk Industri Terbaik 2015 oleh Intellectual Property Corporation; Anugerah Malaysia Good Design Mark 2014 oleh Malaysia Design Council; dan Anugerah Pilihan Rakyat di Anugerah Kereta Tahunan New Straits Times 2014.

Photo 1 (2)

Sejak kemunculannya di FX Mall pada 16 Februari 2017, orang ramai telah mengambil kesempatan untuk memandu uji unit-unit yang disediakan sehingga 22 Februari 2017. Para pelanggan yang telah memandu uji Proton Iriz semasa kempen pengenalannya di pusat beli belah ini secara langsung layak untuk memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk 2 x Hadiah Utama percutian yang ditanggung sepenuhnya selama 4 hari 3 malam bersama penginapan untuk 2 orang ke Malaysia dan hadiah tunai bernilai IDR1.5 juta (RM500). Pemenang untuk satu Hadiah Utama telah diumumkan semasa acara pengenalan secara rasmi hari ini sementara pengumuman bagi Hadiah Utama kedua pula akan dibuat pada hari terakhir pameran di FX Mall, pada 22 Februari, dari 7 malam.

Photo 4 (1)

Para pengguna di Indonesia dijemput mengunjungi FX Mall dan memandu uji kereta ini untuk mereka merasai sendiri pemanduan dan pengendalian PROTON yang tersendiri. Iriz direka dan dihasilkan bukan sahaja untuk memberi perlindungan optimum kepada pelanggan tetapi ia juga merupakan kereta yang menarik dan seronok untuk dipandu dengan semua kemudahan moden, penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan dan ciri-ciri kemudahan yang lain. Ianya didatangkan dalam 7 pilihan warna menarik, Cotton White, Midnight Black, Sterling Silver, Atlantic Blue, Graphite Grey, Citrus Green and Fire Red.

Tempahan telah dibuka sejak 16 Februari 2017, bermula dari 10 pagi ke 10 malam setiap hari di pusat membeli-belah FX Mall sehingga 22 Februari 2017. Pengguna juga boleh mengunjungi mana-mana pengedar di setiap bilik pameran di seluruh Indonesia. Mereka boleh dihubungi melalui laman web Proton Edar Indonesia di www.proton-edar.co.id atau tel: 6221-7392268 ext 213.

PHOTO 15

 

Previous post

Hyundai Accent 2018 Dilancarkan di Toronto

Next post

Ini Dia Honda CR-V 2017

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *