Cerita Auto

Ferrari 812 Superfast – Ada Apa Pada Nama?

Boleh dikatakan ‘tulang belakang’ Ferrari adalah barisan model V12-nya yang lahir pada tahun 1947. 70 tahun berlalu, pengeluar supercar dari Maranello itu kini menampilkan model terbaru yang bakal menjadi penanda aras dalam segmennya iaitu 812 Superfast.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bakal muncul di Geneva Motor Show, pengganti kepada model F12berlinetta dan F12tdf ini menampilkan enjin 6.5-liter V12 yang menghasilkan 780 hp pada 8,500 rpm. Unit itu menjana 718 Nm tork pada 7,000 rpm dan 80 peratus daripadanya terhasil pada tahap 3,500 rpm.

Ferrari 812 Superfast 02

Menurut Ferrari, jumlah kuasa tersebut tercapai dengan penggunaan sistem suntikan terus berkapasiti 350 bar yang dipadankan dengan Variable Geometry Intake yang diinsipirasikan oleh enjin beraspirasi semulajadi F1.

Ferrari 812 Superfast 03

Seperti namanya, 812 Superfast mampu memecut dari 0 – 100 km/j dalam 2.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum melebihi 340 km/j. Ia menggunakan khidmat transmisi dwi-klac tujuh kelajuan yang mempunyai nisbah gear spesifik untuk tindak balas pendikit yang serta merta.

Ferrari 812 Superfast 04

812 Superfast merupakan model Ferrari pertama yang menggunakan Electric Power Steering (EPS) yang, bersama-sama dengan ciri Side Slip Control (SSC) versi 5.0, meningkatkan kelincahannya ketika berhadapan dengen selekoh-selekoh tajam.

 

Previous post

Toyota Prius Hibrid Plug-in Dilancarkan di Jepun

Next post

Hyundai Accent 2018 Dilancarkan di Toronto

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *