Cerita Auto

Volkswagen Tiguan Allspace Akan Buat Kemunculan di Detroit Auto Show

Ini adalah lakaran model terbaharu Volkswagen yang bakal ditayangkan di Detroit Auto Show pada bulan hadapan yang dikenali sebagai Tiguan Allspace.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pada asasnya, Tiguan Allspace merupakan Tiguan versi panjang yang boleh memuatkan sehingga tujuh orang penumpang pada satu-satu masa. Ia menggunakan platform MQB yang ‘ditarik’ sebanyak 11 cm untuk lebih fleksibiliti di dalam kabin.

Maklumat mengenai enjin masih belum didedahkan, namun kami menjangka yang ia akan ditawarkan dengan beberapa pilihan enjin petrol dan diesel bergantung kepada pasaran. Ia juga mungkin didatangkan dengan transmisi klac berkembar dan sistem pacuan empat roda 4Motion.

volkswagen-tiguan-allspace-teaser-002_1035

Jualan Tiguan Allspace dijangka bermula pada musim panas tahun hadapan di Eropah, China dan Amerika Syarikat.

Previous post

BMW M550i xDrive Hanya Perlukan 4 Saat Untuk Pecut Dari 0 - 100 KM/J

Next post

Diskaun Tol Elektronic 10% Di Lebuhraya Pantai Timur [KLK & LPT] Pada Hari Natal

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *