Cerita Auto

BMW M550i xDrive Hanya Perlukan 4 Saat Untuk Pecut Dari 0 – 100 KM/J

Sejak 1985, takhta dalam keluarga BMW 5 Series menjadi milik model berprestasi tinggi M5. Namun bagi generasi G30, kekosongan tersebut akan diisi oleh varian M550i xDrive, sekurang-kurangnya buat sementara waktu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model yang juga tergolong dalam barisan M Performance itu dikuasakan oleh enjin twin-turbo 4.4 liter V8 yang menghamburkan 462 hp pada 5,500 rpm dan 650 Nm pada 1,800 rpm. Dengan pecutan 0 – 100 km/j dalam 4.0 saat dan kelajuan maksimum 250 km/j, M550i xDrive merupakan 5 Series yang paling laju dalam sejarah BMW.

????????????????

Dari aspek penggunaan bahan api dan pelepasan CO2, varian ini mencatat 8.9 l/100 km dan 204 g/km.

Enjin tersebut digabungkan dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan yang ditugaskan untuk membahagikan kuasa di antara keempat-empat tayar mengikut keadaan. Sistem xDrive ini cenderung kepada pacuan roda belakang untuk pengendalian yang lebih berkesan.

????????????????

Untuk mendapatkan cengkaman yang optimum, M550i xDrive dilengkapi dengan suspensi adaptif M Sport yang direndahkan sebanyak 10 mm, serta rim 19 inci. Pelanggan yang inginkan imej lebih menyerlah boleh mendapatkan rim 20 inci yang ditawarkan sebagai pilihan.

????????????????

Selain itu, ia turut mendapat stereng kuasa dengan mod Sport dan Sport+, dan brek M Sport dengan angkup biru metalik lengkap dengan lencana ‘M’,

????????????????

Imej gagah model ini diperkayakan lagi dengan pakej aerodinamik yang merangkumi spoiler belakang dan komponen-komponen seperti gril, cermin sisi dan kemasan bampar dalam warna Cerium Grey metalik. Sistem ekzos M Sport dengan kemasan krom hitam juga disertakan.

????????????????

Di dalam kabin, M550i xDrive didatangkan dengan kerusi sport yang dibalut kulit Dakota, stereng M Sport, karpet M Sport dan pedal aluminium untuk gaya yang lebih sporty.

Previous post

Mercedes-Benz S-Class Coupe Kini Boleh Didapati Dengan Pakej Night Edition

Next post

Volkswagen Tiguan Allspace Akan Buat Kemunculan di Detroit Auto Show

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *