Berita Auto

Toyota Raih 6 Anugerah Keselamatan ASEAN NCAP

UMW Toyota Motor (UMWT) telah menerima enam anugerah Grand Prix daripada New Car Assessment Program for Southeast Asian Countries (ASEAN NCAP), dengan keputusan cemerlang bagi prestasi model-model kenderaan keluarannya ketika perlanggaran.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model-model yang ditawarkan oleh UMWT untuk pasaran Malaysia menerima pengiktirafan bagi pelindungan terhadap penumpang kanak-kanak (Child Occupant Protection, COP) adalah terdiri daripada Rush, Hilux dan Innova serba baharu.

Sementara itu, Sienta pula memperoleh markah terbaik bagi pelindungan penumpang dewasa (Adult Occupant Protection, AOP). Majlis penyampaian anugerah berkenaan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang sempena acara Stop The Crash.

Toyota Hilux

Model Hilux dan Rush masing-masing menerima anugerah bagi prestasi terbaik bagi COP dalam kategori trak pikap dan SUV. Innova, yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, merupakan MPV kedua Toyota yang diuji oleh ASEAN NCAP dan memperoleh pencapaian tertinggi bagi COP setakat ini dalam kategori berkenaan. Dengan ciri Vehicle Stability Control (VSC) dan tujuh beg udara bagi varian paling tingginya, ia juga layak menerima penarafan lima-bintang bagi AOP.

Sienta yang dilancarkan Ogos lalu pula menerima markah tertinggi setakat ini bagi AOP bagi sebuah MPV. Juga dengan ciri VSC yang ditawarkan pada model kenderaan ini, serta prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam perlanggaran berdepan dan perlanggaran sisi, Sienta turut diberi penarafan lima-bintang bagi varian tertingginya.

Toyota Sienta

ASEAN NCAP Grand Prix adalah bertujuan memperingati pencapaian kenderaan-kenderaan yang terlibat di dalam penilaian itu bagi tempoh dua tahun sebelum ini. Anugerah berkenaan terdiri daripada tiga perkara utama; pelindungan penumpang terbaik, teknologi keselamatan terbaik dan anugerah khas yang diberikan kepada kenderaan/syarikat yang menyumbang kepada meningkatkan aspek keselamatan di rantau ini.

Pada majlis berkenaan, Toyota turut menerima anugerah khas teknologi keselamatan bagi Toyota Blind Spot Monitor System yang terdapat pada Camry Hybrid. Begitu juga dengan sebuah lagi anugerah, Rising Star Recognition Award yang diberikan kepada Corolla Altis kerana meluaskan penawaran ciri keselamatan VSC serta tujuh beg udara kepada semua variannya dalam pasaran di pelbagai negara.

Camry-Hybrid-10-620x350

Bagaimanapun, keseluruhannya terdapat lapan anugerah diberikan kepada model-model keluaran Toyota yang dijual di rantau ASEAN, termasuk Agya dengan markah tertinggi di dalam COP dan AOP bagi kategorinya. Sejak 2012, model-model keluaran Toyota mengambil bahagian di dalam penilaian ASEAN NCAP.

Anugerah-anugerah berkenaan disampaikan sebagai sebahagian daripada acara Stop The Crash yang dianjurkan oleh ASEAN NCAP. Pertama kali dianjurkan di rantau ASEAN, ia diterajui oleh Global NCAP sebagai usaha baharu untuk mempromosi teknologi penghindar kemalangan pada kenderaan. Acara berkenaan juga terbuka kepada umum, untuk membolehkan orang-ramai mempelajari tentang teknologi-teknologi terkini yang melengkapi kenderaan mereka.

Previous post

Perodua Bezza Terima Anugerah Perlindungan Penghuni Kanak-kanak Dan Dewasa Terbaik

Next post

Jaguar F-Pace Kini Di Malaysia - Harga Dari RM658,800

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *