Gaya Hidup

Perodua Bezza Terima Anugerah Perlindungan Penghuni Kanak-kanak Dan Dewasa Terbaik

Perodua menerima Best Child Occupant Protection (COP) bagi kategori kereta keluarga kecil dan Best Adult Occupant Protection (AOP) bagi kategori kereta keluarga kecil di ASEAN NCAP Grand Prix Awards  pada 29 November 2016.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-English_650x85_20160610

Pada 16 Julai 2016, Bezza juga telah disahkan penarafan 5 bintang oleh NCAP ASEAN, menjadikannya  EEV sedan 5-bintang pertama negara.

perodua-bezza-49-copy

Varian Bezza 1.3L Advance dilengkapi dengan Vehicle Stability Control (VSC) yang merupakan fungsi keselamatan yang mengesan dan mengurangkan gelinciran dengan itu membolehkan pemandu untuk mengekalkan kestabilan semasa memandu.

Varian ini juga dilengkapi dengan Traction Control (TRC) dan Brake Assist (BA) yang membolehkan pemandu untuk mengekalkan cengkaman di jalan yang licin. Ia juga mempunyai Hill Start Assist (HSA) yang menghalang kereta dari GOSTAN balik di cerun apabila brek dilepaskan, memberi masa pemandu untuk menukar kepada pedal accelerator.

perodua-bezza-103-copy

Selain ciri-ciri keselamatan, Bezza dilengkapi dengan ABS, EBD dan juga pengelap cermin depan intermittent yang mengubah kelajuan mengikut pecutan kenderaan (speed sensing wiper). Ini akan meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan kereta itu kerana ia meningkatkan penglihatan ketika memandu dalam hujan.

perodua-bezza-45-copy

Sila lawati bilik pameran jualan dan bercakap dengan penasihat jualan mereka yang diberi kuasa untuk maklumat lanjut.

 

Previous post

TECHART Tuned Porsche 718 Boxster Untuk Pertimbangan Anda

Next post

Toyota Raih 6 Anugerah Keselamatan ASEAN NCAP

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *