Cerita Auto

Jaguar F-Pace Kini Di Malaysia – Harga Dari RM658,800

Jaguar Land Rover (Malaysia) hari ini melancarkan SUV berprestasi tinggi Jaguar F-Pace yang dicop sebagai ‘kereta sport paling praktikal di dunia’.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi pasaran Malaysia, F-Pace ditawarkan dengan enjin supercaj V6 yang dibahagikan kepada dua varian iaitu Prestige yang dijual pada harga RM598,800 dan R-Sport yang mempunyai spefikasi lebih tinggi pada harga RM658,800. Harga tersebut adalah termasuk 6% GST tanpa cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Jaguar F-Pace Launch 22

Enjin bersesaran 3.0 liter yang menggunakan supercaj ‘twin-vortex’ itu menghamburkan 340 PS pada 6,500 rpm dan 450 Nm pada 4,500 rpm. Kuasa disalurkan ke kesemua tayar melalui transmisi ZF lapan kelajuan dan sistem torque on-demand all-wheel drive (AWD).

Ini membolehkan SUV tersebut untuk memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.8 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum yang dihadkan secara elektronik iaitu 250 km/j.

Jaguar F-Pace Launch 10

Dibangunkan dengan menggunakan Lightweight Aluminium Architecture, F-Pace mempunyai struktur badan yang terdiri dari 80% aluminium manakala selebihnya merupakan bahan komposit dan magnesium. Dengan ukuran panjang 4,731 mm dan jarak roda sepanjanga 2,874 mm, F-Pace menawarkan profil yang rapi dan unjuran depan yang pendek serta bahagian dalaman yang luas.

Ia boleh memuatkan sehingga lima orang dewasa dengan ruang kepala dan lutut yang luas serta ruang bagasi yang lapang dengan isi padu 508 liter walaupun setelah dimuatkan dengan tayar ganti sementara.

Jaguar F-Pace Launch 16

Dari aspek sistem infotainmen, F-Pace versi Prestige didatangkan dengan Jaguar InControl Touch yang merangkumi skrin sentuh 8 inci manakala varian R-Sport pula mendapat sistem InControl Touch Pro yang memuatkan skrin sentuh 10.2 inci bersama dengan pemproses quad-core, pemacu solid-state serta Ethernet untuk perhubungan yang pantas.

Sebagai tambahan, pakej itu juga menyertakan sebuah kluster instrumen HD bersaiz 12.3 inci yang memaparkan sistem navigasi dalam format 3D.

Jaguar F-Pace Launch 23

Bagi kelengkapan pemanduan pula, F-Pace didatangkan Intelligent Driveline Dynamics (IDD) yang asalnya dibangunkan untuk model F-Type. Dibantu dengan sistem seperti Adaptive Dynamics dan Configurable Dynamics, IDD membahagikan jumlah tork ke empat-empat tayar mengikut keadaan pemanduan serta permukaan jalan.

Untuk pemanduan dalam keadaan yang lebih mencabar, ciri-ciri seperti Adaptive Surface Response (ASR), All Surface Progress Control dan Low Friction Launch juga disediakan.

Jaguar F-Pace Launch 14

Satu lagi ciri baru yang disertakan adalah wristband yang dikenali sebagai Activity Key. Ia membolehkan pemandu meninggalkan kunci di dalam kereta dengan selamat ketika menjalani aktiviti-aktiviti lasak. Kunci sebenar yang ditinggalkan akan dilumpuhkan, bermakna kereta tidak boleh dihidupkan tanpa kehadiran Activity Key terlebih dahulu. Ia ditawarkan sebagai aksesori pilihan.

Setiap F-Pace didatangkan dengan Jaguar Care, yang merangkumi jaminan selama lima tahun dan lima tahun servis percuma serta Jaguar Roadside Assistance untuk tiga tahun.

Jaguar F-Pace Launch 13

Bagi mereka yang inginkan gaya tersendiri, Jaguar Land Rover (Malaysia) menawarkan Black Pack R-Sport yang eksklusif dengan gril radiator dan kelilingnya yang hitam berkilat, salutan warna badan pada pintu dengan kemasan hitam berkilat dan sirip kuasa hitam berkilat dengan lencana R-Sport.

Jaguar F-Pace Launch 04

 

 

 

Previous post

Toyota Raih 6 Anugerah Keselamatan ASEAN NCAP

Next post

PROTON Merangkul 3 Anugerah Pencapaian Di ASEAN NCAP Grand Prix Award 2016

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *