Gaya Hidup

Honda Malaysia Buka Pusat 3S Terbesar Di Terengganu

Syarikat Tan Eng Ann Sdn. Bhd. pengedar Honda di Terengganu telah dengan rasminya membuka  Honda 3S Centre terbesar di negeri Terengganu untuk menyediakan perkhidmatan yang mudah dan cekap kepada pelanggan mereka di kawasan Pantai Timur. Kerjasama Syarikat Tan Eng Ann dengan kereta Honda bermula pada tahun 1975 dan dengan pembukaan ini, ia kini akan berbangga dengan pusat yang serba baru dengan khidmat selepas jualan dan servis yang lebih baik  untuk menyokong pelanggan Honda di Terengganu.

06 DSC_9643_VIPs with the plaque commemorating the official opening of Syarikat Tan Eng Ann Honda 3S Centre

Syarikat Tan Eng Ann berpindah ke ruang yang lebih besar dengan tanah seluas 2.5 ekar dan keluasan build-up sebanyak 30,572 kaki persegi untuk menampung Sales, Servis dan Spare Parts di satu lokasi. RM18 juta telah dilaburkan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan dan keselesaan dan meningkatkan pengalaman keseluruhan bagi pelanggan Honda. Honda 3S Centre baharu mempunyai 18 ruang servis yang boleh menampung sehingga 80 kenderaan setiap hari. Lounge pelanggan yang selesa , lounge eksekutif, perkhidmatan Wi-Fi percuma, pembaharuan cukai jalan dan perlindungan insurans, sudut kanak-kanak dan surau adalah sebahagian daripada kemudahan yang pelanggan boleh nikmati di Pusat 3S Honda yang baharu.

05 DSC_9631_VIPs celebrating official opening of Syarikat Tan Eng Ann Honda 3S Centre with a ribbon cutting ceremony

Analisis jualan serantau Honda Malaysia menunjukkan bahawa terdapat penerimaan pasaran yang baik untuk kenderaan Honda di wilayah Pantai Timur, dengan City yang merupakan model No.1 dalam segmennya menjadinya best-seller. Negeri Terengganu menyumbang 19% kepada jualan Honda Malaysia di Pantai Timur dari Januari hingga Ogos 2016.

08 DSC_9718_Syarikat Tan Eng Ann Honda 3S Centre General Manager leading VIPs on a tour including to the well-equipped service bay area

Pantai Timur menyumbang 8% daripada jumlah jualan 55,764 unit Honda Malaysia dari Januari hingga Ogos 2016. Keputusan ini mengekalkan kedudukan No.1 dalam segmen bukan nasional  dan No.2 dalam jumlah keseluruhan Total Industry Volume (TIV) sehingga Ogos 2016.

02 Syarikat Tan Eng Ann Honda 3S Centre_Showroom

Syarikat Tan Eng Ann sudah pun dalam perancangan  fasa pengembangan akan datang untuk menaik taraf Pusat Honda ini kepada 4S, dengan menambah Body dan Paint Centre dalam masa dua tahun.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Untuk membuat temujanji atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan kemudahan, pelanggan boleh menghubungi Syarikat Tan Eng Ann (Honda 3S Centre) di 09-667 1796 atau layari laman web: www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.

Ini alamatnya:

Lot 28166 (PN6373), Kawasan Perindustrian Gong Badak,
Mukim Kuala Nerus,
21300 Kuala Nerus, Terengganu
Berhampiran lapangan terbang Kuala Terengganu.

04 Syarikat Tan Eng Ann Honda 3S Centre_Comfortable Customer Lounge

# # #

Previous post

Kumpulan BMW Malaysia dan GreenTech Malaysia Perkukuh Perkongsian di IGEM 2016

Next post

LaFerrari Aperta Habis Dijual ...... Berapa Unit Pemilik Malaysia?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *