Gaya Hidup

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Bekerjasama dengan Pemilik ASX Penyanyi/Penulis Lagu YUNA

Penyanyi/penulis lagu dan ahli perniagaan Malaysia YUNA baru-baru ini diperkenalkan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) sebagai duta jenama untuk kempen terbaru Mitsubishi ASX Compact SUV.

YUNA sememang sudah memiliki sebuah kereta ASX sejak 2012 yang dibelinya sendiri dan untuk bekerjasama pula dengannya adalah satu pengalaman yang dia anggap memuaskan. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mitsubishi Motors Malaysia kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan Mitsubishi ASX. Mitsubishi ASX sememangnya sesuai untuk saya. Compact SUV yang bergaya, saiz yang sesuai, keselamatan terjamin dengan 7-beg udara dan saya sungguh suka bumbung kaca panoramiknya”. tambah Yuna.

CEO of MMM Mr. Yang Won-Chul handing over the ASX to singer-songwriter Yuna (1)

Ketua Pegawai Eksekutif MMM Encik Yang Won-Chul menyerahkan ASX kepada penyanyi/penulis lagu YUNA

YUNA sekarang di Los Angeles dan baru-baru ini telah melancarkan single terbaru beliau bertajuk ‘Crush’ yang menampilkan superstar R&B  Usher dalam album barunya ‘Chapters’. Yuna kini sibuk mempromosikan album itu dan akan ke sekitar Amerika Syarikat, Eropah dan Asia pada akhir tahun ini.

Yuna juga akan mengharumkan nama Malaysia tidak lama lagi kerana beliau akan menyanyi  lagu promosi Sukan Olimpik 2016 bertajuk ‘The Fire’ dengan artis terkenal, Lenny Kravitz.

aeae1c75-40f7-4473-8ef3-76c4d401c885

Saya berpeluang bertemu YUNA baru baru ini. Terasa teramat kecil disebelahnya. Persoalannya? Adakah dia tinggi atau saya ketot?

 

 

 

Previous post

Besar Dan Penuh Dengan Kejutan: Ulasan Video Weststar Maxus G10

Next post

Akash Neil Nandy. Anda Kenal Dia? Pemandu? Juara?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *