Psst!

Akash Neil Nandy. Anda Kenal Dia? Pemandu? Juara?

Kebanyakan daripda anda yang membaca ini mungkin tidak pernah mendengar tentang anak muda ini. Mereka yang tahu akan mengenalinya sebagai seorang pemandu kereta lumba dan mungkin itu sajalah tahap pengetahuan anda mengenainya.

IMG_7029

Baiklah. Biar saya luahkan sedikit maklumat mengenainya agar anda akan lebih memahami lelaki muda bertekad dan berbakat ini.

IMG_7032

Resume perlumbaan beliau boleh dikira sama taraf dengan kebanyakan pemandu terkenal Malaysia seperti Fairuz Fauzy, Alex Yoong dan Jazeman Jaafar. Beliau mempunyai race ranking yang mengagumkan di Malaysia, berkedudukan tempat keenam keatas dibeberapa segmen seperti, pemandu Malaysia dengan bilangan  kemenangan terbanyak dan juga pemandu Malaysia yang paling tinggi peratusan kemenangan perlumbaan di mana dia berada pada kedudukan ke-5 untuk kedua-dua, anak muda 19- tahun ini didorong oleh semangat dan keinginan untuk menjadi No.1.

 

IMG_7036

 

Baru-baru ini beliau meletakkan namanya di ‘billboard’ Macau Grand Prix ke60 yang berprestij apabila mengambil kedudukan pole, menetapkan masa pusingan terpantas dan memenangi perlumbaan Formula Masters. Terdapat banyak lagi yang boleh kita belajar dan kagum mengenai karier perlumbaan anak muda ini yang pada hanya umor 19 tahun sudah sangat mengagumkan, namun ada satu ‘TETAPI’ yang besar.  ‘TETAPI’ yang dimaksudkan ialah … tajaan.

IMG_7052

Ya. Ianya adalah masalah besar yang melanda semua pemandu perlumbaan berbakat. Wang yang masuk ke dalam sukan bermotor adalah tinggi dan ganjaran kewangan dengan setiap kemenangan adalah kecil, mungkin cukup untuk hanya membeli pasukan perlumbaan makan malam yang baik dan tiket penerbangan pulang. Ini bukan sahaja satu masalah Malaysia …… ianya masalah global dimana hanya yang terbaik mendapat perhatian oleh pasukan bajet yang besar dan mempunyai peluang untuk menunjukkan bakat mereka dan sampai ke arena F1.

Kami mengharapkan syarikat-syarikat gergasi negara mahu pun luar negara mengiktiraf bakat dan menyokong beliau untuk melanjutkan kerjayanya dalam dunia perlumbaan dan terus mengharumkan nama negara.

Majulah sukan untuk negara!

IMG_6343-001

Sempat bertemu Akash distudio LiteFM baru-baru ini.

 

Previous post

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Bekerjasama dengan Pemilik ASX Penyanyi/Penulis Lagu YUNA

Next post

Apakah Yang Menjadikan Ford Focus 2016 Begitu Istimewa?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *