Berita Auto

Audi R8 LMS Cup 2016 Buka Tirai Hujung Minggu Ini Dengan Barisan Pelumba Terkuat

Kejohanan Audi R8 LMS Cup bagi edisi 2016 bakal bermula hujung minggu ini di Shanghai International Circuit. Siri perlumbaan yang masuk musim kelima ini bakal menempatkan barisan pelumba antarabangsa yang terkuat dan juga kereta lumba Audi R8 LMS serba-baharu.

2015 Audi R8 LMS Cup

Antara bakat sukan permotoran yang akan mengambil tempat dalam siri perlumbaan ini termasuklah pemandu kelahiran Malaysia iaitu Alex Yoong (Audi TEDA Racing Team) yang akan mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu. Pelumba China Cheng Congfu ( FAW-VW Audi Racing Team) juga akan memburu kejuaraan kali ini setelah terlepas peluang untuk merangkulnya tahun lepas dengan perbezaan satu mata.

2015 Audi R8 LMS Cup

Selain itu, pelumba-pelumba Asia yang bakal menyertai kejohanan Audi R8 LMS Cup termasuklah Aditya Patel (Audi R8 LMS Cup Team) dari India, Marchy Lee dari Audi Hong Kong Team, serta K.O. You dari Audi Korea. Pelumba-pelumba kelahiran Eropah pula terdiri daripada Rahel Frey dari Castrol Team Racing, Jan Kisiel, juara bertahan Audi Sport TT Cup, dan Martin Rump, pemenang Formula Masters China Series 2015.

Kejohanan ini juga bakal menyaksikan penyertaan pasukan Racing Phoenix dan KCMG, yang menyertai Absolute Racing sebagai pasukan perkhidmatan musim ini. Selepas Shanghai, siri ini akan mengambil tempat di seluruh Asia, termasuk Thailand yang menjadi penganjur buat julung kalinya, dan China sebagai destinasi terakhir.

Audi R8 LMS

Kesemua 12 perlumbaan akan disiarkan secara langsung di laman web rasmi Audi R8 LMS Cup dan di portal-portal video terkemuka China iaitu LeSports dan PPTV. Penduduk Asia boleh menyaksikan acara kemuncak di saluran Fox Sports Asia and Star Sports Asia.

Previous post

Muzium Ferrari Buka Pintunya Kepada Google Street View

Next post

Kaji Selidik Ford Mengutarakan Ratapan Rakyat Malaysia Tentang Trafik Ulang-Alik Harian Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *