Gaya Hidup

Kaji Selidik Ford Mengutarakan Ratapan Rakyat Malaysia Tentang Trafik Ulang-Alik Harian Mereka

Dari kekecewaan dengan kesesakan kepada stress dengan kos yang semakin meningkat kepada rasa keyakinan tentang keadaan trafik ulang-alik setiap hari akan bertambah baik, satu kajian baru ditugaskan oleh Ford Motor Company mendedahkan pelbagai persepsi tentang keadaan trafik ulang-alik  harian di Asia Pasifik.

Pengguna harian Malaysia adalah kedua paling cenderung untuk melaporkan peningkatan dalam kos ulang-alik mereka berbanding dengan tahun sebelumnya – dengan 75 peratus, di belakang hanya Hong Kong – dengan kenaikan harga bahan api sebab yang paling biasa diberi. Majoriti daripada responden Malaysia berkata mereka menghabiskan lebih banyak masa dalam trafik berbanding tahun sebelumnya, dan lebih daripada satu dalam lima kata ulang-alik harian mereka adalah masa yang paling teruk mereka dalam sehari. Dihujung spektrum lain pula, responden Vietnam adalah yang paling mungkin untuk mengatakan ulang-alik mereka telah bertambah baik sejak tahun lepas, diikuti oleh mereka di India dan Indonesia.

Traffic Congestion

Rakyat Malaysia Berpendapat Keadaan Trafik Ulang Alik Harian Akan Bertambah Buruk

Walaupun 30 peratus daripada penumpang Malaysia berkata ulang-alik harian mereka semakin baik, 37 peratus berkata ia semakin teruk, dan 33 peratus tidak nampak apa-apa perubahan, secara langsung atau tidak. Tetapi majoriti bersetuju dengan jumlah masa yang dihabiskan duduk dalam trafik: 55 peratus berkata mereka menghabiskan lebih banyak masa dalam kesesakan daripada setahun yang lalu, manakala 17 peratus berkata penurunan dan 27 peratus berkata ia adalah lebih kurang sama.

Traffic on Freeway March 1999 Los Angeles, California, USA

 

Previous post

Audi R8 LMS Cup 2016 Buka Tirai Hujung Minggu Ini Dengan Barisan Pelumba Terkuat

Next post

Hyundai IONIQ Bakal Buat Penampilan Sulung Di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *