Gaya Hidup

Hyundai IONIQ Bakal Buat Penampilan Sulung Di Malaysia

My Auto Fest 2016 bakal menjadi medan pertempuran bagi pengeluar-pengeluar kenderaan yang ingin mengenengahkan produk terbaharu masing-masing. Antara jenama yang turut serta ialah Hyundai, yang bakal mempamerkan kereta pertama di dunia yang menawarkan tiga jenis pacuan kuasa elektrik dalam satu platform iaitu IONIQ.

Diperkenalkan buat pertama kali di Geneva Motor Show 2016, Hyundai IONIQ datang dengan tiga varian: IONIQ Hybrid, IONIQ Electric dan IONIQ Plug-in. Ketiga-tiga model menawarkan reka bentuk futuristik yang digabungkan dengan pemanduan mantap serta ciri-ciri keselamatan yang canggih.

Walaupun masih belum diperkenalkan ke pasaran secara rasmi, ini merupakan peluang hebat bagi peminat-peminat kenderaan untuk mendekati Hyundai IONIQ. Bukan itu sahaja, pembuat kereta Korea itu juga menawarkan diskaun sebanyak RM14,000 untuk model Elantra, RM12,000 untuk Veloster dan Sonata, RM7,000 untuk Santa Fe, dan RM4,500 untuk i10.

My Auto Fest 2016 akan berlangsung dari ke 20 hingga 22 Mei di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC).

Previous post

Kaji Selidik Ford Mengutarakan Ratapan Rakyat Malaysia Tentang Trafik Ulang-Alik Harian Mereka

Next post

Ford Berjaya Menghasilkan Plastik Daripada Karbon Dioksida

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *