Gaya Hidup

KBS Dan MAM Meneruskan Penganjuran Edisi Keempat Kejohanan Kebangsaan Kapcai Endurance

Kejohanan Kebangsaan KBS-MAM Kapcai Endurance diteruskan dengan edisi keempat pada tahun ini dengan anjuran pihak Kementerian Belia dan Sukan serta Motorsports Association of Malaysia (MAM).

Musim baru akan bermula di Melaka International Motorsport Circuit (MIMC) pada hujung minggu ini iaitu pada 22 dan 23 Ogos sebelum meneruskan perjalanan ke Sepang, Selangor pada 4 dan 5 September. Pusingan 3 pula akan diadakan di Pekan, Pahang pada 3 dan 4 Oktober sebelum pusingan kedua terakhir di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok Kedah pada 30 dan 31 Oktober.

Pusingan peringkar akhir akan diadakan di Litar Utama Sepang International Circuit  pada 20 hingga 22 November, yang juga akan menampilkan pusingan akhir Kejohanan Superbike Malaysia (MSC) – kejohanan perlumbaan kebangsaan perlumbaan.

Penganjuran program ini juga merupakan salah satu usaha bagi menangani gejala ‘lumba haram’ dan ‘mat rempit’ dengan menyediakan platform kepada peminat sukan permotoran khususnya golongan belia berlumba dalam persekitaran terkawal dan selamat.

Direka sebagai program pembangunan bagi mencungkil bakat-bakat baru, Kejohanan Kebangsaan KBS-MAM kapcai Endurance 2015 ini akan dijalankan dengan empat kategori pertandingan – motosikal kapcai di bawah 100cc, bawah 120cC, 150cc dan perdana Kelas Terbuka untuk pesaing motosikal 150cc.

Kejohanan Kebangsaan KBS -MAM kapcai Endurance 2015 – Jadual Kejohanan

Pusingan 1-22 & 23 Ogos, Melaka

Round 2 – 4 & 5 September, Litar Go Kart SIC

Round 3 – 3 & 4 Oktober, Pekan Pahang

Pusingan 4-30 & 31 Oktober – UUM Kedah

Pusingan 5 – 20 & 22 November – Litar Utama SIC (peringkat akhir)

Previous post

GreenTech Malaysia Akan Menyediakan 25,000 STESEN ChargEV Sehingga 2020

Next post

Model Terkini BMW X6 M Dilancarkan Pada Harga RM1,238,800

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *