Berita Auto

Model Terkini BMW X6 M Dilancarkan Pada Harga RM1,238,800

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan generasi kedua  pacuan semua roda prestasi tinggi Sports Activity Coupé (SAC), BMW X6 M baharu, yang sekali lagi akan menetapkan standard dalam segmennya dengan reka bentuk yang sangat emotif, kuasa unggul dan prestasi dinamik serta kecekapan yang luar biasa.

BMW-X6_M_2016_1280x960_wallpaper_11

Pada teras BMW X6 M baharu terletak enjin BMW yang paling berkuasa dibangunkan untuk kenderaan pacuan semua roda setakat ini.

The-New-BMW-X6-M-3

Yang baru, terutama enjin responsif 4.4-liter V8 Kuasa Berkembar Turbo M yang menghasilkan 575hp-20hp lebih daripada sebelumnya – dan peningkatan sepuluh peratus tork kepada 750 Nm. BMW X6 M baharu juga membawa kuasa pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.2 saat.

BMW-X6_M_2016_1280x960_wallpaper_1a

Walaupun dengan prestasi yang baik ini, penggunaan bahan api dan pelepasan C02 telah dikurangkan sebanyak lebih daripada 20 peratus kepada hanya 11.1l/100km dan 258g/km.

BMW-X6_M_2016_1280x960_wallpaper_1b (1)

Harga anggaran pasaran (atas jalan raya, tanpa insurans dengan 5 Tahun Jaminan Perjalanan Tanpa Had BMW Malaysia dan Percuma Program Perkhidmatan Berjadual) daripada BMW X6 M baharu adalah RM 1,238 800.00

 

 

Previous post

KBS Dan MAM Meneruskan Penganjuran Edisi Keempat Kejohanan Kebangsaan Kapcai Endurance

Next post

Honda Malaysia Memperkenalkan Warna Baru Bagi Model City

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *