Berita Auto

Audi Memperkenalkan Base-Level Q7 Baharu di Eropah

Satu versi diesel yang sangat cekap Audi Q7 baharu akan dilancarkan di pasaran, yang mana pelanggan kini boleh mula buat pesanan: Audi Q7 ultra 3.0 TDI quattro. Enjin ini bukan sahaja mengurangkan penggunaan bahan api kepada  5.5 liter diesel untuk setiap 100 km; ia juga mengurangkan harga kemasukan untuk model siri Q7 kepada 58,000 euros. Audi akan menghantar kereta kepada pengedar di Eropah bermula bulan September.

Kecekapan adalah perkara ground-breaking: penggunaan bahan api 3.0 TDI ini dengan 218 hp hanya 5.5 liter bagi setiap 100 km. Oleh itu, Audi Q7 baru juga mencapai keputusan yang baik dalam prestasi alam sekitar – bersamaan dengan CO2 sebanyak 144 gram per km. Dengan penggunaan bahan api 28 peratus kurang daripada sebelumnya, ia mencapai skor terbaik dalam kecekapan dalam pertandingan. Audi Q7 baru adalah penjelmaan Vorsprung durch Technik: Ia menggabungkan kecekapan bahan api yang tinggi dan mengesankan angka prestasi memandu, dan ia lebih cepat dari 0 hingga 100 km/ h dalam masa 7.1 saat. Ianya boleh terus memecut ke kelajuan tertinggi 216 km/h.

Model Audi dengan “ultra” yang dilekatkan kepada nama mereka mencapai nilai-nilai terbaik dalam penggunaan bahan api dan pengeluaran hasil daripada input teknologi yang besar dan kereta yang paling cekap bahan api dalam segmen mereka. Q7 kecekapan tinggi”ultra”  diesel ini adalah versi ketiga selepas dua enjin lain berjaya dilancarkan di pasaran Eropah pada pertengahan Jun: 3.0 TFSI dengan 333 hp dan 3.0 TDI dengan 272 hp.

Audi Q7 ultra 3.0 TDI Quattro dengan 218 hp dan 500 Nm tork dari 1,250 hingga 3,000 rpm direkabentuk untuk penggunaan bahan api yang rendah dan berbeza daripada 3.0 TDI yang lebih berkuasa dengan 272 hp dalam beberapa aspek. Dalam pengurusan enjin, khususnya penyesuaian berdasarkan keperluan-telah dibuat kepada pam air, proses penyejuk minyak dan pembakaran.

Audi-Q7-Ultra-2

Previous post

Lotus Elise Great Britain DiLancar Di Malaysia

Next post

Honda Labur RM22.2 Juta Membina Pusat Pemeriksaan Pra-Penghantaran (PDI)

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *