Gaya Hidup

Honda Labur RM22.2 Juta Membina Pusat Pemeriksaan Pra-Penghantaran (PDI)

Serta Jambatan Sambungan Baharu

  • PDI Yard 3 mampu menempatkan sehingga 6,000 unit kenderaan dan dijangka dapat mempercepatkan proses penghantaran kenderaan
  • Honda melabur sebanyak RM15.1 juta untuk pembinaan PDI Yard 3 dan  RM7.1 juta untuk membina sebuah Jambatan Sambungan baharu

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia atau Syarikat) hari ini secara rasminya melancarkan pusat Pemeriksaan Pra-Penghantaran (PDI) Yard 3 baharu yang terletak di Kilang Pegoh, Melaka.

5uvxjBdJgjrFnYjRfB4yyt102VlmRsuf9XD6ponngaQ,2Ar_XdjV973VTijuV4VRvDU2WYSx9f3P2rC7sivTqGk

Syarikat telah melabur sebanyak RM15.1 juta untuk pembinaan PDI Yard 3 yang dibina di kawasan seluas 50 ekar yang terletak bertentangan dengan Kilang Pegoh. PDI Yard 3 mampu menempatkan 6,000 unit kenderaan dan akan berfungsi sebagai pusat penghantaran bersepadu untuk kenderaan baharu.

b_T2RfAOYQX6yAoc1XUe43RKe_KMamXz90XE-2mvcE0

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Yoichiro Ueno berkata, “Pada Januari tahun lalu, kami telah membuka saluran pengeluaran Line No. 2 yang meletakkan kami di landasan terbaik dalam mencapai sasaran jangka pertengahan untuk menggandakan kapasiti produksi kepada 100,000 unit menjelang tahun 2016. Pada Julai 2014, kami telah membuat keputusan strategik untuk membina PDI Yard 3 baharu ini dalam usaha mempercepatkan proses penghantaran kenderaan, serta menyokong peningkatan jumlah produksi dan jualan. Kapasiti PDI Yard 3 bertambah sebanyak 56% berbanding dengan gabungan kapasiti PDI Yard 1 dan 2. Yard 1 dan Yard 2 yang sedia ada akan digunakan untuk menerima kenderaan baharu, pemasangan aksesori dan pemeriksaan bahagian dalaman dan luaran kenderaan.”

7a-bjtanebiCEI_44IwMbL8JMmHq1jatGhX2geWv-qs,hyDZFGGfpT4Sqz-NlVPnGl6jD1qWIhvoaJE1zdWOC6Q

Bagi memudahkan proses pengangkutan kenderan ke PDI Yard 3, Honda Malaysia telah melabur sebanyak RM7.1 juta untuk membina sebuah Jambatan Sambungan baharu. Jambatan itu akan digunakan untuk kenderaan melintas dari PDI Yard 1 ke Yard 3 dan dijangka mengurangkan tempoh penghantaran. Ia juga merupakan jambatan pertama untuk kenderaan melintas di Alor Gajah.

Menurut Encik Ueno lagi, dengan pembukaan PDI Yard 3, ia akan memainkan peranan penting untuk Honda Malaysia mencapai sasaran jualan sebanyak 85,000 unit kenderaan pada tahun 2015. Sehingga akhir Jun 2015, Honda telah mencapai 51% sasaran jualan tahunannya dan menguasai 13.5% perkongsian pasaran. Syarikat juga menerajui Segmen Kenderaan Bukan Nasional.

ga68kKD5K7M_5uSYzwbtnffNYFHyw5Q7XpAxqIbvht8,m6N6faUFqYLzs34SXCt9KWV4KDRdkIlygma5Jh776aw

“Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa dengan pembukaan PDI Yard 3, kami kini mampu menyokong dan mempercepatkan proses penghantaran kenderaan kepada para pengedar Honda di seluruh negara. Rangkaian pengedaran kami juga berkembang selari dengan peningkatkan produksi. Ketiga-tiga inisiatif Honda; saluran pengeluaran Line No.2, PDI Yard 3 baharu dan rangkaian pengedar yang kukuh akan menyumbang ke arah pembaikan aspek kecekapan penghantaran kenderaan kepada para pelanggan,” kata Encik Ueno.

Honda Malaysia mengekalkan komitmen yang tinggi untuk memenuhi kemahuan para pelanggannya dengan menghasilkan produk yang inovatif dan pada masa sama menyokong pembangunan industri automotif tempatan.

Xdu4MMB6HHIYq-nH_O2kX48wJu2i_gMS6eN3Rbj8nmk,AFQ_6wJpydL3_iKpKYwvpsUYikq0W6LT7RUJfxCeJ38

 

 

Previous post

Audi Memperkenalkan Base-Level Q7 Baharu di Eropah

Next post

Gambar Hari Ini - FIAT 131 Abarth Yang Dipertingkatkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *