Gaya Hidup

Volkswagen Malaysia Tarik Pelaburan Asing

Pelaburan besar pertama Swire Motors di Malaysia melibatkan Pusat Servis Teknikal Volkswagen yang kedua.

Volkswagen Malaysia menjalin kerjasama dengan pihak Swire Motors apabila mengadakan majlis pecah tanah sebagai tanda bermulanya pembinaan bangunan Volkswagen Puchong Utara yang bakal menjadi kemudahan terbesar Volkswagen di Malaysia.

Majlis pecah tanah itu dihadiri rakan-rakan media dan tetamu. Ia dirasmikan oleh Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller and Pengurus Besar Swire Motors SEA, Eric Khoo. Acara tersebut merupakan komitmen yang signifikan kerana ia akan menjadi Pusat Servis Teknikal kedua terbesar di dalam negara. Ia juga menjadi langkah besar yang diambil oleh Swire Motors kerana ini merupakan pelaburan pertama dalam pelan pengembangan pemotoran mereka di pasaran Malaysia.

Dalam ucapannya, Keller berkata, “Kami amat berbesar hati kerana Swire Group melihat Volkswagen sebagai satu propek pelaburan di Malaysia. Langkah ini akan membantu pasaran tempatan dalam banyak cara – daripada peluang pekerjaan kepada rakyat, sehinggalah mengembangkan industri automotif di Malaysia. Volkswagen Malaysia sangat teruja mengenai peluang pertumbuhan hasil daripada kerjasama ini.”

Volkswagen Puchong North Ground Breaking 1

Berucap pada majlis yang sama, Eric Khoo menyatakan, “Kerjasama rapat Swire Group dengan Volkswagen bermula di Taiwan dan kami gembira untuk mengembangkan hubungan perniagaan ini ke Malaysia. Kami dapati pasaran ini cukup menarik kerana ia berkembang secara konsisten. Justeru, tidak sukar untuk kami menjalin kerjasama dengan jenama automotif Jerman yang ikonik ini.”

Tambahnya lagi, “Janji kami kepada pengedar Volkswagen Puchong Utara, kami akan menawarkan pengalaman luar biasa kepada setiap pelanggan. Selain memastikan mereka menerima standard servis Swire Group dan Volkswagen yang terbaik.”

Bilik pameran 4S itu akan mempamerkan sehingga 16 model berbeza. Sementara bahagian Selepas Jualan pula akan mempunyai 25 ruang penyelenggaraan untuk memberi khidmat kepada pelanggan di kawasan selatan Lembah Klang.

Pusat Servis Teknikal itu bakal dilengkapi mesin-mesin selepas jualan yang paling komprehensif serta sepasukan juruteknik pakar bertauliah untuk menyempurnakan apa jua tugasan, daripada servis pantas hinggalah membaik pulih enjin sepenuhnya.

Bengkel badan dan cat pula akan dipasang dengan peralatan terkini dan diselia oleh pekerja mahir. Ini bagi memastikan pelanggan mempunyai satu penyelesaian sehenti untuk semua keperluan selepas jualan mereka.

Pembinaan kemudahan Volkswagen Puchong Utara dijangka siap pada November 2015.

Volkswagen Puchong North Ground Breaking 2

Previous post

Fiat 124 Sedan, Masih Sebuah Sedan Yang Tampan

Next post

Perodua Sasar Jualan 1 juta Myvi Pada 2017

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *