Gaya Hidup

Fiat 124 Sedan, Masih Sebuah Sedan Yang Tampan

Dipersembahkan di Geneva Motor Show 1966, Fiat 124 Sedan telah mencapai kejayaan yang cemerlang di awal tahun 60an dan telah dianugerahkan Kereta Eropah Tahun 1967.

Fiat-124T

Fiat menyukai model 124 dan Presiden Kumpulan Fiat, Avv. Agnelli berkata pada masa itu, “model 124 sentiasa memberikan kepuasan kepada Fiat”.  Mudah, dipercayai, dengan kos penyelenggaraan yang rendah, model 124 telah mengambil satu formula yang betul untuk penjualan yang berjaya, samalah dengan model masa depan jenama ini yang akan lebih berjaya.  Versi sedan telah dipersembahkan pada May 1966 dan telah dibina hampir 8 tahun hingga pertengahan 1974.

Fiat124-2

Fiat 124 yang awal mempunyai enjin 1197cc yang kuat untuk 60bhp.  Disesuaikan dengan 4-kelajuan kotak gear dengan kuasa berhenti datang daripada empat Bendix disk brek, sangat mewah untuk masa itu dan masih tidak ada pada kereta moden subcompact yang ada sekarang, Fiat 124 berkali-kali mendahului saingan dalam eranya selama beberapa tahun.

Fiat124-3

Pada 1968, edisi khas 124 telah diperkenalkan dengan sedikit perubahan.  Ia datang dengan lebih kuasa, empat headlight depan, bumper besar, roda radial dan reka dalaman yang diperbaharui.  Enjinnya sama seperti Sedan terdahulu, dengan rod dan gear injap hairspring slide tetapi kini sporting 1438cc.  Fiar 124 ini mempunyai kotak gear 4-kelajuan yang sama dengan penghalusan mekanikal baharu membolehkan ia mencapai kelajuan tertinggi 150km/j.

Fiat124-4

Rakyat Malaysia ketika itu menggemari Fiat sedan dan persaingannya pada masa itu adalah Fort Escort dari England.

Fiat124-7

 

Previous post

SUV Qoros , Made In China Untuk Dunia

Next post

Volkswagen Malaysia Tarik Pelaburan Asing

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *