Gaya Hidup

Kilang Mercedes-Benz Berlin Bakal Jadi Lokasi Komponen Berteknologi Tinggi Dalam Mengurangkan CO2

Daimler terus menyokong Berlin sebagai lokasi. Syarikat tersebut telah melabur sebanyak 500 juta euro dalam kilang Mercedes-Benz di Berlin, yang dibangunkan menjadi sebuah fasiliti berteknologi tinggi untuk pengeluaran komponen. Ini adalah sebahagian cadangan transformasi dipersetujui antara syarikat dan juga Works Council, yang akan menjamin pekerjaan di lokasi tersebut untuk jangkamasa yang panjang.

Kemudahan pengeluaran paling lama dalam operasi adalah satu bahagian yang penting rangkaian pengeluaran powertrain di Mercedes-Benz Cars. Di masa akan datang, Berlin akan menjadi sebuah pusat global kepada kecekapan pengeluaran untuk sistem pengurusan enjin CAMTRONIC yang inovatif , memberikan ia sesuatu kedudukan yang unik dalam rangkaian pengeluaran.

Mercedes-Benz-Camtronic-Factory-Berlin-1

Kilang Mercedes-Benz di Berlin yang telah ditubuhkan pada 1902, dan mempunyai lebih daripada 2,500 pekerja yang membangunkan dan menghasilkan komponen-komponen dan alat ganti yang dibuat menggunakan teknologi pengeluaran mesra-alam. Ini adalah bahagian yang sangat penting dalam mengurangkan emisi kenderaan CO2. Tambahan lagi, enjin diesel V6-silinder dihasilkan di Berlin.

Dengan perjanjian rancangan transformasi ini, kilang tersebut terus bergerak dengan pembangunannya kepada kemudahan pembuatan komponen berteknologi tinggi, memberi tumpuankepada peningkatan kapasiti bagi produk-produk terkini yang meletakkan syarikat jauh dari pesaingnya.Selain daripada bahagian transmisi high-precision, pengubah camshaft dan sistem bahan api, ini termasuk sistem pemasaan injap CAMTRONIC yang akan menjadi subjek majoriti pelaburan yang telah dipersetujui.

Mercedes-Benz-Camtronic-Factory-Berlin-4

Elemen lain rancangan transformasi bagi kilang Mercedes-Benz di Berlin ialah perjanjian ke atas menjaga bekalan junior talent untuk tempoh tiga tahun akan datang. Bermula tahun 2016, bilangan jawatan latihan vokasional di lokasi akan meningkat kepada 24 setahun. Ini menunjukkan kenaikkan 20 peratus dalam latihan teknikal vokasional yang ditawarkan. Latihan yang ditawarkan di Berlin merangkumi kursus teknikal mechatronic dan operator mesin potong.

Mercedes-Benz-Camtronic-Factory-Berlin-2

 

Previous post

SUV Buatan China Dengan Rekaan Itali

Next post

Pemilik Perodua Myvi Catat Rekod Perhimpunan Kereta Terbesar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *