Cerita Auto

SUV Buatan China Dengan Rekaan Itali

Direka oleh pereka hebat Itali, DX7 adalah SUV yang dibina oleh pembuat suto China, South East Motor, juga dikenali sebagai Soueast atau SEM.

DX7 SUV adalah model yang berbeza dari SUV rekaan China yang lain. “ dengan sejarah hampir 85 tahun, Pininfarina adalah rakan kongsi utama SEM membolehkan mereka untuk mencipta identity jenam yang kukuh melalui projek bernilai tinggi secara estetik seperti DX7.  Bekerjasama dengan tim SEM, kami mencipta citarasa rekaan yang berani, yang menjadi tunjang untuk mentafsirkan keunikan kenderaan ini yang mendahului saingannya,” kata CEO Pininfarina, Silvio Pietro Angori.

SEM-DX7-2

Kerjasama Pininfarina dengan SEM bermula pada 2012, tetapi projek besar mereka adalah DX7 SUV.  Direka mengikut keperluan pelanggan China, DX7 memberikan permukaan yang muskular dan berarca dengan ruang lebar.  Bentu arca pada bonet dan bumper juga menggariskan kekuatan kereta itu, manakala gril depan dan lampu depan disambung untuk menunjukkan kelebarannya.

Bahagaian dalamnya, dashboard DX7 dipisahkan kepada dua elemen utama dengan warna dan bahan yang berbeza.  Ruang HMI diintergrasikan dengan semua fungsi, monitor dan vent dalam bentuk susunan teratur, manakala kluster peralatan diserlahkan oleh tiga-dimensi ‘binoculars’ yang menonjol dari garisan aluminium.

SEM-DX7-3

Dimensi DX7 meletakan ia alam segmen SUV kompak. Ia adalah 4,537mm panjang, 1900mm lebar, dan 1700mm tinggi, dengan jarak roda 2700mm. Pilihan enjin termasuk unit petrol turbocharged 1.5 liter dan 2.0 liter. Ini boleh menjadi jenama Cina yang akan datang untuk datang ke Malaysia.

Previous post

Mitsubishi Triton Serba Baharu Dilancarkan

Next post

Kilang Mercedes-Benz Berlin Bakal Jadi Lokasi Komponen Berteknologi Tinggi Dalam Mengurangkan CO2

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *